Categories: Resipi

Nasi Minyak Ayam Kurma Kenduri, Terus Rasa Nak Naik Pelamin!

Nasi minyak ayam kurma memang tak asing lagi setiap kali kenduri, menu yang wajib. Padankan pula dengan acar jelatah, terus rasa nak naik pelamin.

Nak menunggu jemputan kenduri, entah bila akan dapat. Apa kata, cuba buat sendiri di rumah? lagi puas hati boleh menambah banyak kali!

Jom kita tengok resipi dari Cik Puan Mariana Zainal.

Baca juga: Kek Madeline Simple, Letak Jem ‘Ini’ Untuk Kekalkan Rasa Klasik

RESIPI NASI MINYAK AYAM KURMA

Nasi Basmathi

Bahan-bahan:

  • 5 cawan beras basmathi Pusa Gold Jasmine 1121 (basuh dan rendam selama 20 minit)
  • 6 cawan air
  • 1 cawan susu cair/sejat
  • 4-5 keping bunga lawang
  • Sedikit daun kari (jika tiada pun tidak mengapa)
  • 1 biji bawang besar, dihiris nipis
  • 4 ulas bawang putih, dihiris nipis
  • Halia sebesar ibu jari, dihiris nipis
  • 1 sudu besar garam
  • 1 helai daun pandan, disimpul (jika tiada, boleh gunakan daun kari untuk wangi)
  • 2 sudu besar puree tomato (jika tidak mahu letak pun tidak mengapa)
  • Sedikit kismis
  • 1 senduk minyak sapi (boleh gantikan dengan marjerin jika suka)
  • 1 senduk minyak masak

Bahan Kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari (nak lebih boleh letak 2) (kisar semua bahan ini dengan sedikit air)

Cara Penyediaan:

1. Didihkan air dalam periuk nasi. Sementara itu, sediakan bahan tumisan.

2. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam kuali. Tumis bunga lawang, daun kari, dan bahan yang dihiris nipis. Tumis hingga hampir garing, kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik minyak.

3. Masukkan susu cair, daun pandan, garam dan biarkan mendidih dengan kuat. Tutup api.

4. Toskan beras dan masukkan ke dalam periuk nasi yang sudah didihkan air tadi. Masukkan bahan tumisan dan masak seperti biasa.

5. Apabila air hampir kering, masukkan kismis. Biarkan nasi betul-betul masak dan kering sebelum dikacau.

Tips: Setelah button periuk nasi naik ke atas, biarkan selama 10 minit sebelum mengacau nasi.

RESIPI AYAM MASAK KURMA

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (potong ikut suka)
  • 5 biji kentang (potong ikut suka)
  • 2 biji tomato (potong ikut suka)
  • 3 cawan santan dari 1 biji kelapa parut
  • 10 biji cili padi (hiasan)
  • 2 keping cili merah, potong serong (hiasan)
  • 3 senduk minyak masak (untuk menumis)
  • 3-4 keping bunga lawang
  • 2 biji bawang besar (hiris)
  • 5 ulas bawang putih (hiris)
  • Halia sebesar ibu jari (hiris)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam (jika tidak mahu letak pun tidak mengapa)

Bahan Pes:

  • 3 paket kecil rempah kurma (lebih kurang 6 sudu besar)
  • 1 sudu besar garam
  • 1/2 sudu teh bahan perasa
  • 1 1/2 keping asam keping
  • 3 tangkai daun kari (ambil daun sahaja)
  • 3 sudu besar kelapa parut (ditumbuk sedikit)
  • 1 cawan air (kacau semua bahan ini sehingga menjadi pes)

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak masak, tumis bunga lawang, kayu manis, daun kari, dan bahan hiris hingga naik bau.

2. Masukkan pes kurma dan serbuk lada hitam, tumis hingga benar-benar naik minyak.

3. Masukkan ayam dan kentang, gaul sebati, kemudian masukkan santan.

4. Apabila kuah mendidih, kacau sedikit dan biarkan ayam dan kentang masak hingga lembut.

5. Masukkan tomato dan cili padi/cili merah, sesuaikan rasa, dan siap untuk dihidang.

Selamat mencuba! Semoga hidangan ini menggembirakan seisi keluarga.

Sumber: Mariana Zainal

Baca juga: Puding Milo Oreo Yang Mudah, Wajib Baca TIP Ini!

Aisha Qistina

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago