Jika ada ahli keluarga yang teringin makan Nasi Lemak sedap tapi mempunyai alahan pada santan, kami ada resipi menarik untuk anda cuba buat tanpa menggunakan santan.
Norfarhana Ariffin telah kongsikan resipi Nasi Lemak bersama sambal kosong di Facebook yang rasanya tak muak langsung apabila dimakan. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Nak Masak Nasi Guna Beras Biasa, Hasil Sebiji-Sebiji Macam Pakai Beras Mahal
Bahan-bahan nasi lemak sedap:
Bahan-bahan sambal kosong:
Cara-cara memasak nasi lemak sedap:
1. Bagi menyediakan nasi lemak, masak nasi seperti biasa. Letak daun pandan dan sedikit garam.
2. Tumis perkakas kasar (rempah 4 sekawan) dan masukkan 2 biji bawang holland yang sudah dihiris dan halia.
3. Apabila agak-agak sudah garing, masukkan ke dalam nasi yang hampir nak kering airnya.
4. Kacau dan biar sampai nasi masak elok. Nasi lemak siap!
Cara-cara memasak sambal kosong:
1. Tumis 2 biji bawang holland hiris yang telah dipotong bulat.
2. Apabila agak-agak nampak layu, masukkan ikan bilis dan belacan yang telah ditumbuk.
3. Setelah naik bau, masukkan 8 hingga 10 biji bawang merah dan 1 biji bawang besar yang telah dikisar halus.
4. Masukkan cili kering yang telah dikisar halus dan tumis sehingga pecah minyak.
5. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, garam dan gula pasir.
6. Masukkan air supaya sambal tadi tak pekat sangat bersama Maggi cukup rasa.
7. Masak sampai naik minyak, berkilat dan warnanya jadi cantik. Sambal kosong siap!
Walaupun tanpa santan, namun Nasi Lemak ini tetap sedap dimakan. Bagi mempelbagaikan hidangan sambal, anda boleh masukkan sotong, udang atau kerang di dalamnya.
Selamat mencuba!
Sumber: Norfarhana Ariffin
Baca juga: Resepi Nasi Lemak Simple Dan Cepat Siap, Sedap Macam Beli Di Tepi Jalan
Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…
Susah nak jumpa peniaga yang jual Kek Pisang Karamel di luar kerana ia merupakan antara…
Resipi strawberry cheesecake ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti…
Sekali-sekala nak makan pencuci mulut yang sejuk untuk segarkan tekak, bolehlah cuba buat Boko Ubi…
Cara masak sup kaki ayam ini cukup mudah kerana tidak perlu menumis. Hanya perlukan beberapa…
Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…