Sekarang ini tengah trend orang Malaysia melancong ke Hatyai, Thailand untuk merasa nasi khomok ayam goreng yang dihidangkan bersama sos thai.
Kalau anda teringin namun tidak berkesempatan untuk ke sana, jangan risau kerana kami akan kongsikan resipi nasi khomok ayam goreng yang terbaik untuk dicuba.
Jom baca di bawah ini.
Baca lagi: Resipi Mi Goreng Basah ‘Belemuih’, Dah Kenyang Pun Rasa Nak Makan Lagi
RESIPI NASI KHOMOK AYAM GORENG
Bahan-Bahan Sup Ayam (Pilihan):
- Ayam direbus
- 1 batang serai (dititik)
- 1 inci halia
- 1 paket sup bunjut
- 1 sudu besar rempah sup (dibancuh)
- Garam dan serbuk perasa secukup rasa
- Daun sup dan daun bawang
Cara Penyediaan Sup Ayam:
1. Rebus ayam dalam periuk, air rebusan ini akan digunakan untuk memasak nasi nanti.
2. Masukkan serai, halia, dan sup bunjut ke dalam air rebusan.
3. Masukkan rempah sup yang telah dibancuh, garam, dan serbuk perasa. Biarkan mendidih.
4. Akhir sekali, tambahkan daun sup dan daun bawang. Sup siap untuk dihidangkan.
Bahan-Bahan Nasi Khomok:
- 2 cawan beras
- 1 cawan susu cair
- 1 ¼ cawan air rebusan ayam
- Marjerin secukupnya
- 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih)
- 3 biji bawang merah (dihiris)
- 4 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 batang serai (dititik)
- Daun pandan (disimpul)
- ½ sudu besar serbuk jintan manis
- ½ sudu besar serbuk jintan putih
- 2 sudu besar rempah kurma
- 1 sudu besar rempah kari daging
- Serbuk kunyit secukupnya
- Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Cara Penyediaan Nasi:
1. Campurkan serbuk jintan manis, jintan putih, rempah kurma, dan rempah kari daging dengan sedikit air.
2. Panaskan marjerin di dalam kuali, tumis bahan 4 sekawan hingga naik bau.
3. Masukkan serai, bawang merah, dan bawang putih. Tumis sehingga kekuningan dan wangi.
4. Tambahkan campuran rempah yang telah dibancuh tadi. Gaul rata dan tambah sedikit air.
5. Masukkan beras yang telah dicuci dan gaul sebati.
6. Tambahkan serbuk kunyit dan garam. Gaul hingga rata.
7. Pindahkan beras ke dalam periuk nasi. Masukkan susu cair, air rebusan ayam, dan daun pandan. Masak seperti biasa.
Bahan-Bahan Ayam Goreng (½ ekor):
Bahan A (dikisar):
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1-2 batang serai
- 1 sudu besar biji ketumbar
- ½ sudu besar jintan manis
- ½ sudu besar jintan putih
Bahan B:
- 2 sudu besar rempah kari daging
- Gula, garam, dan serbuk perasa secukup rasa
Bahan C:
- Serbuk kunyit
- Garam
- Tepung beras
Cara Penyediaan Ayam Goreng:
1. Kisar bahan A hingga halus.
2. Gaulkan bahan kisar dengan bahan B.
3. Lumur ayam dengan serbuk kunyit dan garam dari bahan C, kemudian lumurkan dengan bahan A dan B yang telah dikisar tadi.
4. Taburkan sedikit tepung beras di atas ayam dan gaul rata.
5. Perap ayam selama beberapa jam sebelum menggoreng hingga garing.
Bahan-Bahan Sos Cili Thai:
- 2 biji cili merah besar
- 4 biji cili padi hijau (tambah ikut citarasa)
- 1 biji tomato (pilihan)
- 5 ulas bawang putih
- 5-6 sudu besar sos cili
- ¼ cawan cuka
- ½ cawan gula
- 1 sudu kecil garam
- ½ cawan air
- Air bancuhan tepung jagung (untuk memekatkan)
Cara Penyediaan Sos Cili Thai:
1. Kisar semua bahan hingga halus.
2. Masukkan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
3. Tambahkan sedikit air bancuhan tepung jagung jika mahu sos lebih pekat.
4. Laraskan rasa mengikut citarasa anda dengan menambah atau mengurangkan bahan.
Sumber: Nurul Hanim Yahaya
Baca lagi: Sosej Gunting Lazat Untuk Minum Petang, Macam Beli Kat Pasar Malam!