Antara resipi nasi goreng yang selalu dibuat untuk habiskan lebihan nasi yang ada di rumah ialah Nasi Goreng Ikan Rebus yang enak.
Nasi Goreng Ikan Rebus menggunakan isi ikan rebus sebagai bahan utamanya, namun anda masih boleh menggunakan isi ikan goreng yang lama untuk membuatnya.
Cik Ning Haniey telah kongsikan resipi yang menarik di Facebook dengan langkah demi langkah yang mudah. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Nasi Goreng Kampung, Guna Cara Ini Baru Tak Nampak Pucat
Bahan A:
Bahan B:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, goreng telur supaya menjadi telur hancur dulu.
2. Tumbuk semua bahan B bersama cili padi, lagi pedas lagi sedap. Bahan itu ditumbuk manja-manja. Tidak hancur sangat, lain orang lain caranya ya.
3. Rebus ikan dan setelah siap direbus, carikkan isinya dari tulang ikan. Pastikan di bahagian isinya tiada tulang-tulang halus yang tertinggal, sekiranya ada buang tulang tersebut.
4. Siang sayur sawi dan basuh bersih sebelum ditoskan.
5. Selepas itu, tumiskan bahan perencah B dalam minyak masak yang panas sehingga ia betul-betul masak garing.
6. Masukkan pula nasi putih dan garam, tambah sedikit ajinomoto atau secukup rasa, kemudian gaul semuanya sehingga sebati.
7. Akhir sekali, masukkan ikan rebus, telur hancur, sayur sawi dan petai. Siap untuk dihidang!
Sebenarnya petai dicampur dalam resipi Nasi Goreng Ikan Rebus ini untuk menambahkan kelazatannya dan anda sekeluarga pasti makan sampai bertambah punya.
Manalah tahu anda sudah kering idea untuk menghabiskan lebihan nasi yang ada di rumah, bolehlah buat hidangan ini nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Cik Ning Haniey
Baca juga: Cara Buat Keropok Nasi Keping, Kembang Dan Cukup Garing Bila Digoreng!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…