Nasi goreng daging memang sesuai dijadikan menu untuk sarapan pagi, petang ataupun malam. Kalau di kedai tomyam itu, memang kena order menu ini.
Tapi, untuk hari ini apa kata anda cuba pula resipi oleh Cik Puan Asmida Asman yang dikongsikan di laman Facebook.
Resipinya sangat mudah dan bahan-bahan juga senang untuk dicari.
Jom kita tengok.
Baca juga: Kepak Ayam Goreng Pedas Chinese Style, Rangup Dan Pedasnya Serasi!
Bahan-bahan tumbuk kasar:
Bahan-bahan lain:
Cara memasak:
1. Rebus daging sehingga empuk, kemudian hiris nipis kecil-kecil.
2. Hiris nipis bawang besar dan bawang putih, potong kecil kacang panjang. Jika ada lobak merah, boleh juga masukkan sekali.
3. Sediakan 1 mangkuk besar nasi.
4. Gunakan minyak lebihan goreng ikan bilis untuk menumis hirisan bawang besar dan bawang putih sehingga agak garing.
5. Masukkan bahan tumbuk kasar tadi ke dalam tumisan dan masak sehingga garing. Tambahkan sedikit kicap manis.
6. Masukkan daging yang telah dihiris dan gaul sekata.
7. Masukkan nasi dan kacau rata dengan semua bahan tadi.
8. Masukkan kacang panjang dan ikan bilis goreng. Kacang panjang perlu digoreng dulu dengan minyak yang betul-betul panas untuk sekejap sahaja, kemudian toskan minyak. Ini akan memastikan warna kacang panjang kekal hijau dan rasanya tetap sedap walaupun sudah sejuk.
9. Nasi goreng daging anda kini sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Sumber: Asmida Asman
Baca juga: Kek Minyak Paling Mudah Guna Periuk Nasi, Hasil Gerenti Lembut!
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…
Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…
Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…