Categories: Resipi

Mudahnya Resipi Nasi Ayam Ini, Tak Sampai Satu Jam Dah Siap Masak!

Siapa sangka, dalam masa tak sampai satu jam, anda boleh siapkan menu yang lazat! Nasi ayam resepi ini sesuai untuk anda yang nak masak cepat tanpa pening kepala. Tak perlu ikut resipi secara rigid, boleh sesuaikan dengan apa bahan yang ada.

Hidangan ini bukan sahaja sedap, tapi juga sangat mudah! Dengan beberapa bahan ringkas, anda boleh hidangkan nasi ayam yang pasti buat semua terliur. Jadi, jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Thai Paling Pantas, Mudahnya Masak Nasi & Ayam Sekali!

NASI AYAM RESEPI EXPRESS & MUDAH

Bahan-bahan ayam:

  • Ayam
  • Bawang putih (dikisar)
  • Halia (dikisar)
  • Daun sup
  • Bawang merah

Cara penyediaan ayam:

  1. Panaskan air dalam periuk, kemudian masukkan bawang putih dan halia yang telah dikisar.
  2. Tunggu sehingga air mendidih, kemudian masukkan ayam, daun sup, dan bawang merah.
  3. Masak selama 5 minit untuk ayam kecil, atau 10 minit untuk ayam besar.
  4. Angkat ayam dan toskan.
  5. Rendam ayam dalam campuran kicap manis dan kicap tiram. Jangan masukkan gula atau garam.
  6. Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam sekejap sahaja. Sos perapan ayam tidak perlu dibuang; panaskan dalam kuali dan tuang di atas ayam.

Bahan-bahan nasi:

  • Nasi (basuh seperti biasa)
  • Air (sukatan mengikut tekstur nasi yang diinginkan)
  • 3 sudu besar mentega
  • Bawang putih dan halia (dikisar)

Cara penyediaan nasi:

  1. Basuh nasi seperti biasa.
  2. Masukkan air ke dalam periuk. Sukatan air mengikut tekstur nasi yang diinginkan—lembik atau keras.
  3. Panaskan mentega dan tumis bawang putih serta halia yang telah dikisar hingga pecah minyak.
  4. Masukkan campuran ini ke dalam nasi dan masak seperti biasa. Jangan letak garam jika bimbang terlalu masin.
  5. Setelah nasi masak, biarkan selama 5 minit. Jika tiada periuk nasi, gunakan fungsi ‘keep warm’.
  6. Tambahkan 2 sudu pati Sunquick dan gaul rata. Biarkan nasi masak sepenuhnya.

Nota: Nasi tidak menggunakan kunyit kerana lebih suka tanpa warna kuning.

Bahan-bahan sambal:

  • Sos cili
  • 7 biji cili besar
  • 4 biji cili padi hijau
  • Cuka
  • Gula
  • Garam
  • Aji
  • 1 biji tomato kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari (tidak terlalu besar)

Cara penyediaan sambal:

  1. Kisar semua bahan sambal.
  2. Masak di atas api sekejap hingga pekat, kemudian matikan api.

Selamat mencuba!

Kredit: Siti Noraina Asmuni

Baca juga: Cara Masak Nasi Tanpa Kanji, Letak 1 Jenis Daun Ini Baru Nasi Jadi Sedap!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago