Setiap orang pasti mempunyai makanan kegemaran mereka yang tersendiri. Ada yang setiap minggu mahupun setiap hari pasti ‘wajib’ makan makanan kegemaran itu.
Sama seperti seorang anak kecil ini, dia akan menangis setiap kali kenderaan orang tuanya melalui di hadapan kedai Starbucks kerana menginginkan ‘donut petak’.
Lalu orang tuanya terpaksa membeli donut petak tersebut setiap kali melalui di hadapan kafe tersebut.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh ibu anak kecil itu di TikTok, azvdh berkongsikan gelagat anaknya yang melucukan itu.
@azvdh adik donut petak 🤣
Menurut ibunya juga, pekerja di kafe tersebut juga sudah tahu apa yang mahu dibeli setiap kali pergi ke sana. Tak lain tak bukan, pasti mahu beli donut petak.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut terhibur dengan gelagat anak kecil itu yang mempunyai taste tinggi walaupun masih kecil.
Netizen turut mendoakan semoga ibu dan ayahnya dimurahkan rezeki.
Sumber: TikTok @azvdh
Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…
Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…
Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…
Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…
Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…
Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…