Selain murtabak ayam, ramai juga sukakan Murtabak Daging yang sering dijual di pasar malam. Sekarang anda boleh buat Murtabak Daging kulit popia di rumah tau.
Ramai anggap buat Murtabak Daging ini susah kerana harus menguli seperti roti canai. Sebenarnya ada cara lain yang paling mudah untuk membuatnya.
Anda boleh cuba resipi Murtabak Daging Kulit Popia dengan langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Siti Noor Husna di Facebook ini.
Baca juga: Resipi Murtabak Mini Guna Kulit Popia, Rasa Tetap Sedap! Yang Penting Tak Perlu Uli Doh
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan inti murtabak:
1. Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak masak, kemudian masukkan bawang-bawang yang dihiris dan didadu.
2. Pastikan bawang jadi betul-betul layu untuk dapatkan rasa manis bawang dan hilangkan rasa mentah, kemudian baru masukkan rempah kari dan sedikit air.
3. Masak rempah sehingga pecah minyak dan tambahkan isi daging, kemudian masukkan kentang.
4. Masukkan air separas dengan ubi kentang yang dimasak tapi jangan banyak air nanti lembik intinya.
5. Apabila sudah hampir kering, baru tutup api dan sejukkan.
Cara-cara penyediaan murtabak:
1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dalam bekas dan masukkan bahan inti yang dimasak tadi.
2. Tambahkan hirisan daun sup dan bawang, kemudian kacau hingga sebati.
3. Buka sekeping kulit popia saiz besar, letak atas dulang, kemudian ambil 3 sudu makan inti yang dicampur dengan telur tadi dan letak di bahagian tengah kulit popia.
4. Kemaskan dengan cara lipat atas bawah, kiri dan kanan.
5. Cara untuk bakar murtabak adalah seeloknya menggunakan kuali rata. Masukkan 3 sudu makan minyak masak dan panaskan dengan api sederhana.
6. Masukkan murtabak dan goreng hingga sedikit garing di bahagian luar, kemudian terbalikkan murtabak untuk masak dengan rata. Siap untuk dihidang!
Kuantiti bahan resipi Murtabak Daging kulit popia ini boleh menghasilkan 3 hingga 4 biji. Anda boleh gandakan sukatan jika ingin buat dalam kuantiti yang banyak.
Sementara masih ada lebihan daging korban sempena Hari Raya Haji, bolehlah buat resipi ini bersama keluarga di rumah nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Siti Noor Husna
Baca juga: Murtabak Ayam Kulit Popia, Tak Perlu Susah Nak Uli Dan Canai Tepung
Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…
Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…
Baru-baru ini, Malaysia mendapat khabar gembira tentang kemenangan seorang tukang masak iaitu Chef Safura Tawil…
Tak susah sebenarnya nak sediakan hidangan lauk yang mudah tanpa perlu menggoreng atas kuali. Guna…
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…