minyak tertumpah

Memasak memang seronok. Bila tengah masak, kadang kala kita terlepas botol kicap atau minyak tertumpah atas lantai itu perkara biasa.

Tapi bab nak cuci tu yang pening kepala. Mop sampai 3 kali pun lantai masih berminyak.

Rupanya ada cara yang lagi mudah nak bersihkan minyak yang tertumpah. Sekali cuci je terus bersih, lantai pun confirm tak berminyak.

Nak tahu macam mana caranya, jom baca tips yang dikongsi oleh Julespitch di bawah.

Cara Bersihkan Minyak Tertumpah Dengan Mudah

1. Ambil tepung gandum. Taburkan ke atas minyak masak yang tumpah di atas lantai itu.

minyak tertumpah

2. Ratakan tepung ke seluruh permukaan yang ditumpahi minyak. Tambah lagi tepung jika tidak mencukupi.

minyak tertumpah

3. Ulikan tepung sehingga menyerap semua minyak.

4. Tepung akan meresap minyak dan menjadi bentuk seadakan doh.

5. Bersihkan permukaan lantai dengan tisu serap minyak.

6. Hasilnya permukaan lantai akan menjadi bersih dan bebas kesan minyak.

Lihat video penuh:

@julespitch

Tips bersihkan minyak masak tertumpah. Jangan pakai mop terus nanti leceh nak bersihkan mop yang berminyak pula 😖 #fypdongggggggg #fypシ #tipsdapur #tipsbersihrumah

♬ Shut Down – BLACKPINK

Kredit: TikTok @julespitch

Baca juga: Cara Siat ‘Jaket’ Ikan Cencaru Dengan Mudah, Isi Pun Tak Tercarik!

Baca juga: Tips Hilangkan Periuk Hangit & Berkerak. Guna 2 Bahan Je, Periuk Kembali Berkilat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN