cheezy wedges

Setiap kali membeli cheezy wedges di KFC, pasti ramai yang sempat meninggalkan pesanan kepada pekerja di rangkaian makanan segera terkenal itu supaya tidak meletakkan sos keju dengan jumlah yang sedikit.

Maklumlah, bila dapat sos yang sedikit pasti merasa tak puas bila makan. Tidak ada salahnya jika kita membuat permintaan seperti itu kerana kita mempunyai hak untuk mendapat makanan setimpal dengan apa yang diiklankan.

Buat yang belum tahu, sebelum ini KFC juga telah melancarkan polisi “Rasa Berkualiti Terjamin” yang membenarkan pelanggan menukar ayam yang dianggap tidak memuaskan dan tidak berkualiti. 

Bercakap mengenai sos keju, seorang pelanggan KFC berkongsi pengalamannya apabila dia meminta ‘keju lebih’ semasa membeli cheezy wedges. Tidak disangka-sangka, sos keju yang diterima sangat banyak sehingga melimpah ruah daripada bekas.

“Terpaling love staff mereka, kalau staff tu perli ke tak ikhlas macam ni, aku terima hahahahah,” tulisnya dalam satu video yang dimuat naik di akaun TikTok bernama aieynyong.

Video berkenaan telah tular di laman sosial tersebut dan mendapat lebih 364k ribu tontonan serta 26.5 ribu tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang berseloroh mengatakan itu adalah satu perlian kerana sos keju yang diletakkan sangat berlebihan sehingga meleleh ke luar bekas.

Ada juga yang beranggapan kejadian itu merupakan satu rezeki buatnya, di mana lagi mahu dapat sos keju sebanyak itu?

Lihat video penuh:

@aieynyong

terpalinggg love staff diorang 😍 #fyp #kfcmetro

♬ dawet jembot ireng – al

 

Sumber: TikTok aieyn

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN