mi udon goreng

Jika anda mencari alternatif kepada nasi dan lauk, mi udon goreng ini mungkin jawapannya. Dengan rasa yang ringan dan mudah disediakan, ia sesuai untuk hidangan tengah hari atau malam.

Gabungan kicap manis, sambal kicap, minyak bijan, dan sedikit sos tiram memberikan campuran rasa manis, pedas, dan sedikit masin yang membangkitkan rasa mi dan bahan-bahan lain.

Jom baca resipi perkongsian Cik Puan Nor Azian Jamil di bawah.

Baca lagi: Tips Buat Karipap Sardin Berjerawat & Rangup, Bila Makan Tak Cukup Satu!

RESIPI MI UDON GORENG

Bahan-Bahan:

  • 1 peket mi udon (cukup untuk 1-2 orang)
  • 1/2 potong fishcake (pilihan)
  • 4 ekor udang harimau, dibuang kulit dan kepala (boleh gantikan dengan udang lain)
  • Sedikit serbuk lada hitam (untuk perapan udang)
  • 4 ulas bawang putih, dicincang kasar
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

Sayur-Sayuran (ikut selera):

  • 1 genggam lobak merah, dipotong bentuk mancis (supaya bau lobak tidak terlalu kuat)
  • Beberapa tangkai baby sawi, dipotong saiz boleh makan (boleh guna sayur lain seperti kobis atau capsicum/bell pepper)

Sos (campurkan semua bahan ini):

  • 2 sudu besar sambal kicap (jika ada baki dari hidangan bihun sup)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 2 sudu teh sos tiram (jika boleh makan, kalau tak, cukup dengan kicap sahaja)

Cara-Cara:

1. Rebus mi udon dalam air mendidih selama 5 minit sehingga lembut tetapi tidak terlalu lembik. Angkat dan rendam dalam air sejuk, kemudian toskan.

2. Tumis bawang putih dalam sedikit minyak masak sehingga layu.

3. Masukkan fishcake dan sayuran pilihan. Tumis sehingga sayur mula lembut tetapi jangan sampai terlalu lembik.

4. Masukkan udang yang telah diperap dengan serbuk lada hitam, tumis hingga udang berubah warna kemerahan.

5. Tambahkan mi udon yang telah ditoskan tadi ke dalam kuali. Gaul rata bersama sayur dan udang.

6. Tuangkan sos yang telah dicampur tadi ke atas mi. Jika mi kelihatan terlalu kering, tambahkan sedikit air. Jika suka lebih berkuah, tambah lebih banyak air mengikut selera.

7. Setelah semua bahan sebati, tutup api dan hidangkan. Tambahkan cili potong jika suka pedas. Nikmati mi udon goreng ini ketika masih panas.

Sumber: Nor Azian Jamil

Baca lagi: Ini Rahsia Cara Masak Air Gula Yang Pekat & Wangi, Boleh Buat Untuk Kenduri Atau Berniaga!

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN