Pasti ramai yang sudah biasa masak mi kari kan? Kali ini apa kata jom cuba mi kari versi chinese style pula.
Bahan-bahan dan cara penyediaannya juga cukup mudah. Rasa kuah ini juga pasti digemari oleh sesiapa saja, bukan setakat orang dewasa, kanak-kanak pun dijamin suka!
Kalau ada yang ‘terliur’, mari kita cuba masak sendiri menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Qasih Jue Aisya di bawah.
Baca juga: Jom Masak Sendiri ‘Hokkien Mi’ Chinese Style, Susah Nak Jumpa Yang Halal
RESIPI MI KARI CHINESE STYLE
Bahan-bahan:
- 1 bungkus mee – celur
- 2 biji bwg besar – kisar
- 3 ulas bawang putih – kisar
- 2 biji bawang merah – kisar
- 2 batang serai – diketuk
- 2 bungkus kecil serbuk kari daging (saya guna rempah cap O sedap)
- 1 mangkuk kecil cili kisar
- l/2 ekor ayam (potong kecil)
- 1 mangkuk besar santan fresh
- Tauhu kering
- Fish cake / Fish Ball
Bahan hiasan:
- Telur rebus
- Taugeh – celur
- Sawi – celur
- Sambal
- Limau nipis
- Kacang panjang celur
Cara memasak kuah kari:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng serai sekejap sehinga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar, masak sehingga wangi dan bertukar keperangan.
2. Seterusnya, masukkan rempah kari yang sudah dicampur dengan 1 mangkuk cili kisar, masak sehingga terbit minyak.
3. Kemudian, masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak. Tuangkan santan mengikut kepekatan yang disukai beserta asam keping.
4. Biarkan kuah sehingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula untuk seimbangkan rasa. Jika suka, boleh masukkan juga ajinomoto.
5. Boleh tambahkan tauhu kering, fishcake dan fishball. Biarkan lagi hingga kuah mendidih supaya kuah meresap ke dalam bahan tadi.
Bahan sambal:
- Segenggam cili kering
- 1 biji bawang besar
- Garam
- Gula
Cara buat sambal:
1. Rebus cili kering. Bila dah masak dan kembang, kisar bersama bawang besar dan tumis sehingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan secubit gula.
2. Sedia untuk dihidangkan bersama bahan hiasan.
3. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Qasih Jue Aisya
Baca juga: Nasi Goreng Telur ‘Chinese Style’ Yang Harum Semerbak, 5 Minit Dah Siap Masak!