Categories: Resipi

Mi Goreng Basah Stail Gerai Zaman Kanak-Kanak, Mengimbau Kembali Detik Nostalgia

Bila lihat Mi Goreng Basah ni automatik teringat masa zaman kecil-kecil dulu.

Nostalgia sungguh bila teringat gerai yang jual mi tu, dibungkus dengan surat khabar dan makan masa panas-panas.

Mi Goreng Basah Nostalgia

Bila makan mi ni, rasa dia pasti akan mengimbau tahun 80an sewaktu zaman kanak-kanak.

Cara membuatnya juga cukup ringkas. Jom sama-sama cuba buat dengan menggunakan resipi yang dikongsi oleh Emee Sham di bawah.

“Sape suka mee goreng basah. Menu abang masak untuk malam ni. Mee goreng basah nostalgia. Kita boh ayam, teloq, tauhu, sawi, tauge serta cabai jeruk dan limau nipis.

Kemudian kita bungkus dengan paper, aroma diaaaaaa. Agak payah nak jumpa mee goreng camni sekarang. Mengimbau tahun 80an, senyum mak andeh kita..”

Resipi Mi Goreng Basah

Bahan-bahan:

  • Sepeket mee kuning(lalukan dengan air paip)
  • Isi ayam
  • Air rebusan ayam
  • Telur
  • Sawi
  • Tauge
  • Bawang putih + bawang merah (Tumbuk halus)
  • Cili kisar
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Tauhu goreng yang dihiris
  • Kicap lemak manis

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak. Gorengkan 2 biji telur, hancurkan kasar. Angkat dan ketepikan.
  2. Tambah sedikit minyak lagi dalam kuali goreng telur tadi, tumiskan bawang. Kacau sehingga agak garing.
  3. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau rata. Tumis sampai cili masak.
  4. Terus masukkan air rebusan ayam, biarkan mereneh seketika. Kepekatan kuah mengikut sukatan masing-masing.
  5. Letakkan kicap manis dan sedikit sahaja kicap masin. Biarkan mendidih.
  6. Masukkan tauhu dan telur. Akhir sekali masukkan mee. Kacau rata.
  7. Masukkan juga sawi dan taugeh. Kacau rata.
  8. Kacau kurang warna, tambahkan kicap lemak manis.

Selamat mencuba!

Kredit: Emee Sham

Baca juga: Tips Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Rendam Dengan ‘1 Bahan’ Ini Saja

Wan N

Recent Posts

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

39 mins ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

48 mins ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

1 hour ago

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

4 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

4 hours ago

Resipi Ayam Goreng Tomyam Kering, Tak Berkuah Tapi Rasa Tomyam Tetap Menyerlah!

Ayam goreng tomyam kering ini sesuai untuk peminat lauk pedas yang mahukan kelainan daripada ayam…

5 hours ago