Dalam tempoh ini, setiap ibu dan wanita yang baru bersalin wajib mengikut amalan berpantang kerana takut mengundang mudarat.
Selain itu, makanan dan cara masakan pula harus dibuat mengikut ajaran betul.
Baca juga: Bosan Dengan Menu Berpantang Yang Sama? Jom Cuba 5 Resipi Istimewa Ini!
Jadi, untuk ibu dan bakal ibu yang mahu berpantang, kami sediakan beberapa resepi dari Nor Azizan untuk memudahkan kerja suami isteri.
Ya lah badan dan mental mesti penat kan masa tempoh berpantang ni? Senang je nanti. Masakan frozen tu boleh panaskan je. Jom baca menu berpantang frozen ini!
Bahan-Bahan:
Tomato diblend dengan air
Tomato dipotong dadu
Garam
Gula
Bawang besar hiris-hiris dadu
Belacan kalau suka (saya tak letak)
Asam jawa sikit bagi masam
Cara Penyediaan:
Campur semua bahan, gaul sampaii sebati kemudian perasakan dengan garam dan gula untuk dapatkan rasa masam- manis. Masin sikit. Adjust ikut selera masing-masing. Siap!
Bahan-Bahan:
Bawang putih dicincang
Halis hiris
Kicap manis
Minyak bijan
Gula
Garam
Cara Penyediaan:
Gaul kesemua bahan dengan ayam. Perap selama satu jam, kemudian sedia untuk masak cara stim. Siap!
Bahan-Bahan:
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kunyit
Ketumbar
Jintan
Cara Penyediaan:
Kisar Semua Bahan Di Atas.
Kemudian masukkan ke dalam kuali. Masukkan juga ayam, garam dan serai yang telah diketuk.
Masukkan sedikit air.
Masak sehingga ayam empuk dan kering Siap!
Bahan-Bahan:
Bawang putih ditumbuk
Halia ditumbuk
Serai ditumbuk
Sos tiram
Kicap manis
Madu
Garam
Lada kering / dikisar
Cara Penyediaan:
Gaul ayam dengan semua bahan di atas sehingga sebati.
Biarkan chiller dalam dua hingga tiga hari supaya perapan menyerap pada ayam.
Kemudian, baru pindahkan ke tempat beku.
Selamat mencuba!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…