
Jika anda mencari Mee Rebus Terengganu sedap, ini adalah resipi yang wajib dicuba. Berbeza dengan versi negeri lain, mee rebus Terengganu asli tidak menggunakan keledek, tetapi tetap berkuah pekat, kaya rempah dan rasa autentik yang pasti memikat selera.
Versi Terengganu ini juga fleksibel, boleh dimasak dengan ayam atau seafood dan dilengkapkan dengan sayur segar untuk hidangan yang lebih sihat dan menyelerakan.
Resipi dikongsi oleh Norashikin Ismail di Facebook dan mendapat pujian ramai kerana kesederhanaannya tetapi tetap mengekalkan rasa tradisional yang asli.
Baca juga: Cara Cuci Mee Kuning Yang Berbau Kapur, Rasa Pahit & Bau Pelik Terus Hilang!
RESIPI MEE REBUS TERENGGANU SEDAP

Bahan-bahan:
- 1 paket mee kuning
- Ayam potong kecil (boleh gantikan dengan seafood)
- Telur, ikut suka
- Air secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit air asam jawa (pilihan untuk rasa masam-pedas)
Bahan-bahan tumbuk:
- 3 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu kecil lada hitam (lebih pedas, tambah lagi)
Sayur-sayuran:
- Kubis
- Sawi madu
- Tomato
- Lobak merah
- Cili besar
Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan lada hitam sehingga naik bau wangi.
2. Gaul sebati bahan tumis dengan ayam atau seafood pilihan anda.
3. Tuang air secukupnya. Masukkan semua sayur dan sedikit air asam jawa untuk rasa masam-pedas.
4. Tambah garam dan gula secukupnya.
5. Pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah. Jangan kacau agar telur masak perlahan dan tetap lembut.
6. Masukkan mee kuning dan gaul sebentar supaya mee menyerap kuah.
Selamat mencuba!
Sumber: Norashikin Ismail
Baca juga: Cara Masak Mee Goreng ‘Berlemoih’ Satu Kuali, Kuah Pekat & Tak Pernah Gagal
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














