Kalau teringin nak makan mee rebus Terengganu, jom kita belajar buat sendiri di rumah. Tak perlu susah-susah ke negeri tersebut semata-mata untuk makan mi rebus.
Kalau tiada idea nak makan malam apa, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Khatijah di bawah. Memang nikmat makan mi dengan sup panas!
Baca juga: Resipi Ikan Bilis Masak Kicap, Makan Dengan Nasi Atau Bubur Pasti Membangkitkan Selera!
RESEPI MEE REBUS TERENGGANU
Bahan-bahan:
– Bawang besar/merah
– Bawang putih
– Lada hitam
– Isi ayam
– Air
– Garam
– Serbuk perasa
– Rempah sup debu
– Lada putih
– Telur ayam
– Sayur sawi
– Sayur kobis
– Tomato
– Mi
– Limau
– Mada
– Daun sup
Cara memasak:
1. Kisar bawang besar/merah, bawang putih dan lada hitam.
2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan isi ayam.
3. Apabila isi ayam sudah bertukar warna, masukkan air mengikut sukatan yang disukai.
4. Perisakan dengan garam dan serbuk perasa. Boleh juga tambahkan rempah sup debu dan renjiskan sedikit lada putih.
5. Biarkan menggelegak. Jika suka menggelegak, pecahkan sebiji telur ke dalam kuah dan hancur-hancurkan ia.
6. Kecilkan api. Pecahkan lagi telur mengikut kuantiti yang diinginkan.
7. Masukkan sayur sawi, kobis, tomato dan bebola jika suka.
8. Letakkan mi jika suka makan mi kembang. Jika tidak, asingkan mi dan tuagkan apabila mahu dimakan.
9. Perahkan limau, taburkan lada dan daun sup jika suka. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Khatijah Barokah Kitchen via Masakan Terengganu
Baca juga: Resipi Sambal Belimbing Buluh Sedap, Hanya Guna 3 Bahan Tapi Cukup Membuka Selera!