Negeri Johor sangat terkenal dengan hidangan mee kuah tulang lebih-lebih lagi jika dimasak bersama air rebusan daging. Tambah pula cili potong, memang sedap tak terkata!
Lagi menarik sekiranya digabungkan dengan keledek merah. Kombinasi keledek merah yang dikisar halus menjadikan kuah ini pekat dan sedap untuk dihirup hingga licin.
Artikel hari ini, MyResipi akan kongsikan resipi mee kuah tulang keledek merah dari Puan Finaz Rizal yang mendapat sebanyak 1.8k perkongsian menerusi laman Facebook beliau.
Baca juga: Cara Masak Nasi Kuning Terengganu, Resipi Lengkap Dengan Lauk Sampingan Lain
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Tumis bawang besar yang telah dihiris halus, bawang putih, halia dan cili kering sehingga pecah minyak.
2. Kemudian, masukkan serbuk sup Adabi, kulit kayu manis sebatang, dan bunga lawang dalam 3 kuntum ke dalam tumisan tersebut. Biarkan sehingga naik aroma.
3. Tuangkan tumisan ini ke dalam rebusan daging yang telah disediakan.
4. Rebus keledek merah dalam 3 biji hingga empuk, kemudian blend hingga halus dan masukkan ke dalam periuk.
5. Tambahkan sos cili, sos tomato, dan bahan-bahan lain mengikut citarasa.
6. Perasakan kuah dengan garam, gula, dan susu pekat manis mengikut kesesuaian rasa masing-masing.
7. Setelah siap, taburkan hirisan daging, telur rebus, tauhu goreng, sawi celur, daun bawang atau daun sup, taugeh, cili potong, dan bawang goreng sebagai hiasan.
8. Sedia dihidangkan.
Jangan ragu-ragu untuk mencuba dan nikmati hidangan mee kuah tulang keledek merah yang sangat menyelerakan ini!
Sumber: Finaz Rizal
Baca juga: Cara Buat Sos Black Pepper Padu, Resipi Dari Tauke Kedai ‘Western’ Sendiri!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…