Categories: Informasi

Penangan Mee Kari Kuah Laksa, Anak Mamat Khalid Realisasikan Di Ah Mat Cafe

“Pak Jabit, nak mee kari…kuah laksa”, dialog watak Yah Kuchai dalam filem Kampung Pisang Bersiri arahan Allahyarham Mohamad Mohd Khalid atau Mamat Khalid, mungkin masih diingati oleh peminat filem negara ini.

Keenakan Mee Kari Kuah Laksa yang sebelum ini hanya wujud dalam filem itu, kini boleh dirasai di Ah Mat Cafe, kafe yang diusahakan Nor Sara Mohamad, 32, anak kedua Allahyarham Mamat Khalid.

Baca juga: Kedai Kopi Menarik Di Terengganu, Boleh Datang Singgah Jika Ke Sana

Nor Sara berkata idea untuk memasukkan menu Mee Kari Kuah Laksa itu tercetus, apabila dia mahu peminat turut merasai menu dicetuskan arwah bapa dalam skrip filem itu.

Foto: BERNAMA

“Ada cerita di sebalik menu Mee Kari Kuah Laksa ini, papa kata ia makanan biasa yang di ‘pesan’ di kantin ketika zaman 70an dahulu, zaman dulu ketika di kantin, papa kata anak-anak sekolah akan pesan mee kuning yang biasa di makan dengan kuah kari, tapi kuahnya diganti dengan kuah asam laksa,” katanya. 

Nor Sara berkata kafe yang diusahakan sejak Jun lalu itu juga, merupakan antara idea arwah bapanya yang pada mulanya mahu membuka cawangan kedua kafe ‘Sarang Art Hub’ seperti di Tanjung Malim.

Foto: BERNAMA

Beliau berkata perkara itu bagi memudahkan pengunjung yang berada di Ipoh, dapat merasai suasana seperti di kafe di Tanjung Malim.

“Selepas papa meninggal saya teruskan idea ini, namun masih secara kecil-kecilan kerana kekangan tenaga pekerja,” katanya yang turut menjual menu istimewa seperti lempeng kelapa, lontong darat dan nasi lemak ayam rendang di kafe tersebut.

Nor Sara berkata kafe yang diusahakan bersama suaminya Amirul Ariff Abdul Wahab, 35, itu mengambil nama sempena nama anak sulung mereka Mohamad Ehsan Khalid Amirul Ariff, yang berusia setahun setengah.

Foto: BERNAMA

Bercerita mengenai menu Mee Kari Kuah Laksa di kafenya, menu yang dijual dengan harga RM8.50 semangkuk itu, mengekalkan resepi ibunya yang gemar memasak laksa iaitu antara makanan kegemaran arwah bapanya.

Menu tersebut ialah mee kuning yang dicurah kuah asam laksa utara, beserta hirisan nenas, bebola ikan, telur rebus, salad dan perahan limau.

Dekorasi di kafe tersebut pula berkonsep vintaj dan dihiasi dengan poster-poster filem lama termasuk filem-filem arahan Mamat Khalid, gambar serta barang-barang tinggalan Allahyarham.

Pengunjung juga akan ditemani dengan lagu-lagu Melayu nostalgia dari zaman 70an sehingga 90an yang menggamit kenangan.

Foto: BERNAMA

Menyentuh perancangan masa depan, Nor Sara berkata dia mahu memperkembangkan perniagaan tersebut termasuk memanjangkan waktu operasinya.

“Buat masa ini kafe beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap Selasa hingga Ahad, jika cukup tenaga kerja dan modal, mungkin boleh lanjutkan operasi sehingga malam menjual lebih banyak menu menarik,” katanya yang menjalankan operasi kafe tersebut bersama empat pekerja.

Sumber: BERNAMA

Baca juga: Menu ‘Favourite’ Agong & Raja Permaisuri, Tukang Masak Istana Dedah Rahsia

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Madu Limau Kasturi Campur Halia, Buat Stok Siap-Siap Bila Musim Selesema

Madu limau kasturi untuk selesema ini sesuai dijadikan stok di rumah, terutama apabila tekak mula…

2 days ago

Resipi Lala Sos Tiram, Kuah Pekat Pedas Memang Buat Tak Cukup Sepinggan!

Resipi lala masak sos tiram antara hidangan yang biasa ditemui di meja makan kerana rasanya…

2 days ago

Petua Tauhu Tahan Lama, Ini 7 Cara Simpan Supaya Tak Cepat Masam & Berlendir

Petua tauhu tahan lama ini boleh dicuba kalau selalu beli tauhu tetapi tidak sempat masak…

2 days ago

Jangan Terkejut, Uncang Teh Rupanya Boleh Lepaskan Jutaan Mikroplastik Bila Direndam Air Panas!

Teh uncang memang mudah digunakan. Masukkan uncang ke dalam cawan, tuang air panas dan tunggu…

2 days ago

Resipi Terung Berlado Pecah Telur, Lauk Yang Ringkas Dibuat Tapi Membuka Selera!

Kali ini MyResipi ingin kongsikan resipi terung berlado pecah telur hasil rujukan daripada Puan Eniza…

2 days ago

Kek Pisang Moist, Guna Butter Campur Minyak Jadi Lebih Lembut & Tak Bantat

Dulu selalu buat kek pisang tetapi hasilnya bantat, malah ada yang naik elok dalam oven…

2 days ago