Categories: Resipi

Mee Jawa Dengan Kuah Paling Sempoi, Buat Banyak Kali Pun Tak Jemu

Orang berketurunan Jawa pasti mempunyai resipi Mee Jawa yang turun-temurun dari keluarga dan setelah buat sekali, pasti nak lagi.

Mee Jawa diperbuat daripada mi kuning, ayam, sayur-sayuran, telur dan rempah ratus. Bukan saja mudah dijumpai di Indonesia, malah ia juga terkenal di kalangan orang Malaysia.

Jika anda belum pernah makan Mee Jawa sebelum ini, boleh buat sendiri di rumah dengan resipi yang dikongsikan oleh Maz Samad di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Mee Celup Thai, Guna Resipi Ini Dapat Hasil Kuah Yang Mantap Merecik!

RESIPI MEE JAWA

Bahan untuk kuah:

  • ½kg keledek (direbus dan dikisar)
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 batang serai*
  • Sedikit halia*
  • Sedikit lengkuas*
  • 100 gm udang kering* (Semua bahan * dikisar)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • Air rebusan daging secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

Bahan-bahan lain:

  • 1kg mee kuning (dicelur)
  • ½kg daging (direbus dan dihiris)
  • 1 bungkus fishcake (dicelur dan dihiris nipis)
  • 300gm taugeh (dicelur)
  • 3 keping tauhu (dihiris nipis)
  • Daun sup dan daun bawang
  • Bawang goreng
  • Cili hijau atau merah (dihiris)
  • Telur rebus

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kisar semua bahan bertanda (*) sampai lumat.

2. Kemudian, panaskan minyak ke dalam periuk dan tumis semua bahan yang dikisar sampai wangi.

3. Selepas itu, masukkan cili kisar dan serbuk kari, kacau sampai naik minyak.

4. Akhir sekali, masukkan air rebusan daging dan keledek yang dikisar, kemudian perasakan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang!

Rupa bentuknya yang seakan-akan mi rebus membuatkan ramai keliru, tapi sesiapa yang makan Mee Jawa pasti puas hati dengan kuahnya yang sedap.

Sekali-sekala nak hidangan berkuah, anda boleh buat Mee Jawa untuk keluarga tersayang dan tetamu yang datang ke rumah, pasti kelazatannya dipuji nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Maz Samad

Baca juga: Resepi Mee Rebus Terengganu, Cara Buat Ringkas Tapi Kuah Sedap Boh!

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago