Sesetengah orang sangat suka makan mi yang berkuah pada waktu petang. Jika hari ini mak-mak tiada mood untuk makan nasi, anda boleh saja buat Mee Hailam yang sedap.
Ia merupakan hidangan mi telur, digoreng dengan daging atau seafood dan sayur-sayuran yang banyak, siap bermandikan kuah dengan kicap pekat dan limau kasturi.
Senang cerita, kuahnya itu mesti banjir, pekat dan banyak isinya, barulah boleh dipanggil sebagai Mee Hailam.
Jika anda nak Mee Hailam yang paling mudah dan ringkas, anda boleh ikut resipi daripada Siti Syuhaida Ramli di Facebook ini. Jom cuba!
Baca juga: Resepi Mee Hailam Urat Keting, Kuah Pekat & Rasa Memang ‘Kaw’!
Cara-cara:
1. Bahan bertanda* ditumbuk. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk. Masukkan air, kicap, sos, kicap mee dan sos tiram. Biarkan sehingga mendidih.
2. Masukkan rencah yang anda suka. Masak sehingga ompuk. Kemudian dah mendidih masukkan air bancuhan tepung jagung dan sayur.
3. Jangan lupa perasakan garam dan gula, kemudian masukkan mee kuning. Siap!
Warna kuahnya yang gelap dan sedikit pekat, serta meriah dengan isi ayam, seafood dan sayuran, memang cukup memikat selera sesiapa saja.
Mak-mak tak perlu pening kepala fikir jika tiada idea untuk masak apa. Anda boleh jadikan Mee Hailam yang terlajak sedap ini sebagai hidangan tengah hari atau petang.
Selalu pesan di kedai makan saja, kali ini mak-mak boleh cuba buat di rumah pula. Lebih puas hati jika membuatnya dengan air tangan sendiri.
Selamat mencuba!
Sumber: Siti Syuhaida Ramli
Baca juga: Resepi Mee Bandung Simple, Macam Ini Hirup Kuah Pun Puas!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…