masak sardin

Dalam banyak-banyak lauk yang ringkas, ramai yang tetap suka masak sardin dalam tin kerana cara menyediakannya cukup mudah.

Nama ikan sardin itu sendiri berasal daripada Pulau Sardinia di mana pada suatu masa dahulu, ikan sardin boleh didapati dengan banyaknya di persekitaran Laut Mediterranean.

Di Malaysia, ikan sardin ini merujuk kepada ikan tamban bagi nama panggilan tempatan dan terdapat juga ikan selayang yang dipanggil selayang sardin.

Baca juga: Gulai Sardin, Begini Cara Masukkan Mangga Untuk Kuah Rasa ‘Lejen’

Jika nak siapkan hidangan yang mudah tanpa jalan kerja yang renyah, pilihan paling tepat adalah dengan masak sardin dalam tin ini.

Pelbagai cara untuk masak sardin dalam tin, tapi kami begitu tertarik dengan resipi Sardin Sambal Petai yang dikongsikan oleh Zaid Azizy Yaakob di Facebook ini. Jom cuba!

CARA MASAK SARDIN SAMBAL PETAI

masak sardin

Bahan-bahan

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.

2. Masukkan sardin dengan sosnya sekali, kemudian masukkan petai, gula dan garam.

3. Biarkan sehingga agak masak dan gaul rata. Siap untuk dihidang!

Buat mereka yang terburu-buru dan nak cepat siap, resipi Sardin Sambal Petai ini sangat sesuai untuk anda cuba di rumah.

Manalah tahu, tiba-tiba barang dapur tak cukup tapi yang ada cuma sardin dalam tin, bolehlah buat Sardin Sambal Petai yang lazat.

masak sardin

Walaupun hidangan ini nampak ringkas dan mudah, namun apabila anda makan sekali saja, sampai besok boleh teringat kesedapannya.

Resipi ini merupakan salah satu hidangan menarik untuk dibawa sebagai bekal ke tempat kerja. Buat para isteri, bolehlah masak sardin untuk suami tersayang nanti.

Anda juga boleh gantikan petai dengan sayur lain untuk masak sardin seperti kentang, lobak merah dan sebagainya mengikut citarasa seisi keluarga di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Zaid Azizy Yaakob

Baca juga: Resepi Karipap Sardin Guna Roti Gardenia, Kulit Dan Inti Cukup Rasa!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN