Categories: Resipi

Masak Nasi Lemak Guna Basmathi. Baru Belajar Masak, Boleh Ikut Cara Ini

Mari belajar teknik masak nasi lemak guna beras Basmathi. Rasanya lebih sedap jika berbanding menggunakan beras biasa.  Tetapi, ada anda harus belajar teknik sukatan agar nasi lemaknya tidak gagal.

Jika salah teknik dalam mengukur air, nasi lemak yang dibayangkan memang tidak menjadi. 

Untuk beginner yang nak belajar memasak nasi lemak terutamanya menggunakan beras Basmathi,  inilah caranya. Hasilnya, nasi yang dimasak akan cantik berderai sebiji-sebiji hasil nasi lemak ini, memang sempurna.

Baca juga: Cara Kurangkan Kalori Dalam Nasi Putih, Tambahkan SATU Bahan Ini Masa Masak

Selepas masak, bolehlah dipadankan dengan ayam goreng berempah, sambal, telur mata kerbau, ikan bilis dan kacang tanah yang telah digoreng garing, serta hirisan timun yang rangup.

Mari ikuti perkongsian resipi dan teknik masakan dari Cik Puan Amelia Tamby Hussin ini. 

Teknik Masak Nasi Lemak Menggunakan Beras Basmathi

Bahan-bahan:

Cara-cara Penyediaan:

1. Ambil dua pot beras Basmathi dan bersihkan beras tersebut. Sebelum memasak beras ini, lebih baik direndam terlebih dahulu selama kira-kira 30 minit.

2. Cara mudah untuk mengukur air bagi beras Basmathi adalah 2 pot beras: 1 pot santan dan 1 1/2 pot air.

3. Kemudian masukkan sehelai daun pandan yang telah diikat, bersama dengan hirisan bawang merah dan juga halia. Jangan lupa tambahkan sedikit garam.

4. Masak nasi lemak beras Basmathi ini menggunakan periuk elektrik. Pastikan untuk menekan butang ‘cook’.

5. Pastikan bekas yang digunakan untuk sukat beras adalah sama dengan  bekas yang digunakan untuk sukat santan dan juga air.

6. Jika ada minyak kelapa dara, boleh dimasukkan sedikit kerana lebih sedap daripada minyak masak biasa. Minyak ini boleh dicampur setelah nasi dimasak. Hasilnya akan menjadi lebih sedap dan cantik berderai. 

Selamat mencuba belajar masak nasi lemak guna beras basmathi ini.

Sumber: Facebook Amelia Tamby Hussin

Baca juga: Nasi Dagang Ikan Tongkol, Ini RAHSIA Masak Gulai Jadi Lebih Sedap

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago