Nak tarik selera anak untuk makan bukanlah mudah, tapi cuba anda hidangkan Makaroni Cheese Bakar di depan matanya, pasti makan sampai tak berhenti.
Melalui perkongsian di Facebook, Puteri Hana Sofia telah tunjukkan cara buat Makaroni Cheese Bakar yang sungguh menyelerakan. Jom kita cuba!
Baca juga: Spaghetti Aglio Olio Anti Gagal, Ada Cara Untuk Elak Daripada Terhangit
Bahan-bahan:
Bahan-bahan untuk sos putih:
Cara-cara memasak:
1. Rebus makaroni sehingga lembut dengan sedikit minyak dan garam. Tos dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan kesemua bahan sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan pes cili. Kacau sehingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam atau daging cincang. Kacau sebentar.
5. Masukkan tomato puri, sos spaghetti, cili kisar dan sos cili.
6. Tambahkan garam, gula dan serbuk oregano secukupnya.
7. Masukkan sayur campuran. Kacau sehingga agak layu.
8. Masukkan pula tomato. Kacau sekejap.
9. Akhir sekali, masukkan makaroni. Gaul rata dan seimbangkan rasa.
Cara-cara membuat sos putih:
1. Cairkan butter. Masukkan cheese. Kacau sehingga cheese cair.
2. Masukkan susu segar. Tunggu sehingga mendidih.
3. Masukkan garam, gula dan oregano atau lada sulah secukupnya.
4. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga sos menjadi pekat.
Cara-cara membakar makaroni:
1. Masukkan makaroni yang telah digoreng ke dalam loyang pembakar.
2. Tuangkan sos putih. Gaul rata. (boleh tambahkan beberapa keping slide cheese di dalam makaroni)
3. Taburkan cheese (cheddar, mozzarella, pizza topping) yang diparut ke atas makaroni.
4. Bakar pada suhu 170°C selama 20 hingga 30 minit. Api bawah. Siap!
Hasil daripada resipi Makaroni Cheese Bakar yang berkrim dan tak muak dimakan pasti buat anak anda berselera.
Selamat mencuba!
Sumber: Puteri Hana Sofia
Baca juga: Roti Garlic Dan Sup Cendawan Paling Ringkas, Sesuai Untuk Sarapan
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…
Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…