makanan bazar ramadan

Setiap kali tiba bulan puasa, bazar Ramadan memang menjadi tumpuan ramai untuk mencari juadah berbuka. Namun di sebalik kemeriahan itu, isu makanan bazar Ramadan yang tidak habis dijual masih lagi berlaku.

Sepanjang 19 hari pertama Ramadan tahun ini, hampir 57 tan lebihan makanan dari bazar Ramadan di seluruh negara berjaya diselamatkan daripada dibuang begitu sahaja.

Operasi penyelamatan makanan ini dijalankan oleh MYSaveFood yang turun padang mengumpul lebihan makanan daripada peniaga di pelbagai bazar.

Menurut laporan yang dikongsi, sebanyak 56,848 kilogram makanan dengan nilai dianggarkan sekitar RM720,025 berjaya dikumpulkan sepanjang tempoh tersebut.

Baca juga: Ingatkan Resipi Khairul Aming, Rupanya Adik Ini Cuba Resipi Air Buah Unik Dari Komik Lawak Kampus..Kreatif!

OPERASI SELAMATKAN MAKANAN BAZAR RAMADAN LIBATKAN 123 BAZAR

makanan bazar ramadan

Misi menyelamatkan makanan bazar Ramadan ini bukan dilakukan secara kecil-kecilan.

Sebaliknya, operasi tersebut melibatkan 123 bazar Ramadan di seluruh Malaysia, dengan bantuan ramai sukarelawan yang membantu mengumpul lebihan makanan setiap hari.

Data lebihan makanan ini juga direkodkan secara harian oleh sukarelawan daripada Pemuda Gema Malaysia yang turut terlibat dalam proses pengagihan makanan kepada golongan memerlukan.

MINUMAN JADI MAKANAN BAZAR PALING BANYAK TAK HABIS

makanan bazar ramadan

Daripada data yang dikumpulkan, terdapat beberapa kategori makanan bazar Ramadan yang paling kerap tidak habis dijual.

Antara yang sering menjadi lebihan ialah:

  • Minuman
  • Kuih-muih
  • Nasi berlauk
  • Nasi atau mi goreng
  • Pelbagai jenis lauk pauk

Menariknya, minuman menjadi antara yang paling banyak tidak habis dijual di bazar Ramadan.

Hal ini mungkin berlaku kerana peniaga menyediakan minuman dalam kuantiti yang banyak bagi memenuhi permintaan pembeli, terutama ketika cuaca panas.

LEBIHAN MAKANAN DISELAMATKAN UNTUK DIBERI KEPADA YANG MEMERLUKAN

Walaupun tidak habis dijual, lebihan makanan bazar ini tidak terus dibuang.

Sebaliknya, makanan yang masih elok dimakan akan dikumpulkan sebelum diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Langkah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran makanan, malah memastikan makanan tersebut masih dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.

ISU MAKANAN BAZAR TAK HABIS BUKAN PERKARA BAHARU

Sebenarnya, isu makanan bazar tak habis bukanlah sesuatu yang baharu. Setiap tahun, perkara yang sama sering berlaku terutama pada awal Ramadan apabila peniaga menyediakan makanan dalam jumlah yang banyak.

Namun dengan adanya inisiatif penyelamatan makanan seperti ini, sekurang-kurangnya lebihan makanan tersebut masih boleh dimanfaatkan dan tidak berakhir sebagai sisa makanan.

Pada masa sama, pembeli juga boleh memainkan peranan dengan membeli makanan bazar sekadar yang diperlukan supaya pembaziran dapat dikurangkan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Kosmo Digital

Baca juga: Niat Order Ayam Gepuk Minta ‘Extra’ Kubis, Sekali Dapat Separuh Biji Kubis Mentah! Kisah Wanita Ini Buat Netizen Pecah Perut

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN