Kebiasaannya orang jarang buat kek pandan letak santan. Tetapi sebenarnya santan itu lah yang menyebabkan kek tersebut menjadi gebu dah lebih berlemak.  Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Siti di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

KEK PANDAN BERSANTAN

Kebiasaannya orang jarang buat kek pandan letak santan. Tetapi sebenarnya santan itu lah yang menyebabkan kek tersebut menjadi gebu dah lebih berlemak.  Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Siti di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 5 biji telur gred A

  • 2 cawan tepung gandum

  • 1 cawan gula

  • 200 ml santan

  • 2 sdb susu pekat

  • 1 sdb serbuk penaik

  • 1 sdb ovalette

  • Emulco pandan

  • Pewarna hijau

Kredit : Siti

CARA PENYEDIAAN
  • Putar telur dan gula sampai kembang.

  • Masukkan susu, ovalette dan putar lagi sehingga adunan kembang dan menjadi gebu.

  • Masukkan tepung gandum yang diayak bersama serbuk penaik dan masuk sedikit demi sedikit. Kalau nak kaup balik pun boleh.

  • Akhir sekali masukkan santan dan emulco pandan,  pewarna hijau dan sebatikan.

  • Letak adunan di dalam loyang size 8×8. Panaskan oven 5-10 minit, bakar pada suhu 160 selama 40 minit bergantung pada oven masing-masing. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN