Seorang pengguna TikTok berkongsi kejadian malang yang dialaminya apabila mi sup yang dinikmatinya di sebuah kedai makan mengandungi lintah yang masih hidup.
Kejadian itu dikongsikan oleh pemilik akaun @meayrolir di akaun TikTok yang sehingga kini mendapat hampir 600, 000 tontonan.
Mi Sup Lauk Lintah
Dalam video tersebut, pemuda itu menunjukkan juadah mi segeranya yang sudah habis dimakan dan hanya tinggal lintah yang masih hidup, ‘berenang’ dalam sisa kuah mi celup yang dinikmatinya.
Bagaimanapun pengguna berkenaan tidak mendedahkan lokasi kejadian.
Ada netizen yang berpendapat lintah tersebut mungkin datang dari dalam sayur kangkung seperti kes yang tular beberapa tahun lalu yang mengakibatkan seorang mangsa meninggal dunia kerana tidak menyedari telah termakan lintah dan telah membiak dalam ususnya.
“Lintah dari dalam kangkung kot,” ujar @juuuuuuuu33
“Nasib baik tak masuk dalam perut,” kata @farareyda
“Alahai kembang tekak kita,” ujar @lilisurianisharif
Sementara itu, ramai juga berasa ‘loya tekak’ selepas melihat video tersebut dan bersyukur lelaki tersebut tidak memakannya kerana risau hal yang buruk bakal terjadi.
“Kalau tertelan, memang masuk hospital,” kata @mohd_ilham22
Video penuh:
@_ichii21 Magii sup pacat 😱 #pacat #maggipacat