Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan popular di sana, boleh cuba resipi yang akan kami kongsikan ini.
Laksa Siam mempunyai rasa yang lebih kurang sama dengan laksa lemak yang selalu kita buat, tapi ia lebih kaya dengan aroma dan rasa pedas serta kuahnya berwarna kuning.
Nafsiah Rahim telah tunjukkan cara buat Laksa Siam yang sedap dan mudah di Facebook sampaikan ramai teringin memakannya. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Laksam Sukatan Cawan, Hasil Cantik, Licin Dan Lembut Dimakan
RESIPI LAKSA SIAM
Bahan-bahan:
- 1kg ikan
- 700ml santan kotak
- Daun limau purut
- 3 asam keping
- Serai
- Laksa halus 500g (2 paket)
- Garam gula secukup rasa
Bahan-bahan kisar:
- 3 biji bawang merah besar
- 3 ulas bawang putih
- 10 biji cabai kering
- 3 batang serai
- Seinci halia
- Seinci lengkuas
- 1 sudu lada hitam
- Seinci kunyit
- Belacan (saiz bola pingpong)
- Sedikit minyak
- 1 cawan air
Bahan ulam-ulaman:
- Tauge
- Kacang panjang
- Daun pudina
- Timun
- Kubis
- Bunga kantan
- Terung
- Cabai, limau atau telur rebus (ikut citarasa)
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, rebus ikan kembung bersama asam keping. Kemudian perisikan isi ikan. Air ikan itu, jangan buang tau. Boleh buat kuah nanti. Ketepikan.
2. Kisar semua bahan yang perlu dikisar.
3. Masukkan bahan kisar, serai diketuk bersama daun limau purut dicarik, ke dalam periuk sehingga naik bau.
4. Selepas itu, masukkan santan. Kacau ya, jangan sampai hangit pula.
5. Seterusnya, masukkan isi ikan dan kacau sehingga sebati.
6. Kemudian, masukkan air rebusan tadi dan jangan lupa letak asam keping tau.
7. Perasakan garam dan gula mengikut citarasa masing masing.
8. Setelah agak-agak kuah sudah mendidih, bolehlah tutup api. Siap untuk dihidang!
Selain dijadikan sebagai hidangan buat seisi keluarga anda juga boleh gunakan resipi Laksa Siam ini untuk menjamu tetamu yang datang ke rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Nafsiah Rahim
Baca juga: Wanita Johor Ini Kongsi Resepi Laksa Johor Original, Hasil Kuah Menjadi!