Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan Padang Kota. Hidangan ini ringkas tetapi sangat memikat, sesuai untuk mereka yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza.
Ada beberapa cara untuk pastikan rasa laksa ini lebih sedap iaitu pastikan laksa tidak terlebih masak semasa proses memasak supaya teksturnya kekal kenyal dan sedap. Selain itu, untuk rasa pedas yang lebih menyerlah, tambahkan cili padi yang dihiris halus ke dalam tumisan.
Jom baca resipi lengkap ini!
Baca lagi: Resipi Rebung Tumis Cili Padi, Menu Legend Atok Nenek Zaman Dulu
Bahan-Bahan Laksa Goreng Penang:
Cara Memasak Laksa Goreng Penang:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang putih sehingga kekuningan dan berbau harum.
2. Tambahkan tauhu yang telah digoreng, kacau seketika, dan masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan telur ayam dan kacau sehingga sebati dengan bahan tumisan.
4. Masukkan laksa pendek ke dalam kuali, diikuti dengan kicap pekat karamel, kicap cair, kicap manis, sos tiram, gula, dan garam. Kacau hingga semua bahan bercampur rata.
5. Tambahkan tauge dan kucai, kacau selama kira-kira satu minit sahaja untuk mengekalkan kesegaran sayur.
6. Tutup api dan hidangkan laksa goreng bersama cili jeruk atau cili potong untuk rasa tambahan.
Selamat mencuba laksa goreng yang sedap ini
Sumber: Fienaz Shafie
Baca lagi: Resipi Kuih Peneram 4 Bahan Sahaja, Kena Ikut PETUA Ini
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…