kulit limau mandarin

Ada banyak lebihan stok buah limau di rumah selepas perayaan Tahun Baru Cina? Jangan terus dibuang kulitnya! Kulit limau mandarin sebenarnya boleh dibuat asam jeruk untuk dijadikan snek di rumah. 

Selain isinya yang manis, ramai tak tahu bahawa kulit buah tersebut juga sebenarnya boleh dimakan. Namun, ada cara dan proses yang perlu dilalui terlebih dahulu sebelum kulitnya boleh dimakan.

Baca juga: 11 Jenis Limau Mandarin Yang Korang Wajib Tahu Sebelum Beli Dan Cara Pilih Buah Yang Manis

Ada cara dan resipinya untuk menghasilkan asam kulit limau mandarin ini. Sangat mudah dengan menggunakan beberapa bahan saja. Resipi ini diambil daripada perkongsian seorang pengguna TikTok menerusi akaunnya, @dapurcikema_769.

RESIPI ASAM KULIT LIMAU MANDARIN

kulit limau mandarin

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Kulit limau mandarin
  • 1 sdm garam – rebusan pertama
  • 1 sdm soda bikarbonat
  • 21/2 cawan gula
  • 2 sdk garam – rebusan kedua
  • Air yang cukup untuk rebusan pertama dan kedua
  • Tisu / kertas minyak – untuk proses kering

Cara-cara penyediaan:

1. Mula-mula, dapatkan kulit buah limau mandarin terlebih dahulu. Pastikan kulit limau tersebut dibersihkan dengan teliti sebelum dijadikan asam.

2. Kemudian, anda perlu membuang bahagian putih yang ada pada permukaan dalam pada kulit tersebut.

3. Bahagian putih berkenaan jika tidak ditanggalkan dikhuatiri akan meninggalkan rasa pahit kepada kulit limau tersebut. Hiris kulit limau kepada saiz yang diingini.

4. Rendam semalaman kulit limau bersama dengan 1 sudu garam dan 1 sudu soda bikarbonat. 

5. Seterusnya, untuk rebusan pertama, didihkan kulit-kulit berkenaan di dalam periuk  (bergantung kepada jumlah kulit limau). Selepas 45 minit dididih, keluar kulit-kulit limau berkenaan daripada periuk. Kemudian tapis.

6. Untuk rebusan kedua pula, barulah masukkan 21/2 cawan gula serta 2 sdk garam dan rebuskan ia selama 45 minit lagi. Kemudian tapiskan. 

7. Kulit limau yang sudah dikeluarkan itu boleh diletak di atas kertas minyak atau di atas tisu. Boleh disalut dengan gula dan biarkan kering sekurang-kurangnya dua hingga tiga hari.

8. Selepas tamat proses tersebut, kulit limau mandarin berkenaan sudah siap dan sedia untuk dimakan.

Video penuh:

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Sumber: TikTok Dapurcikema_769

Baca juga: 7 Snek Tahun Baru Cina Yang Popular, Anda Pun Boleh Cuba

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN