Setiap negeri di Malaysia mempunyai kuih tradisional yang unik. Kuih tepung bunga ini adalah salah satu kuih yang sangat popular di Terengganu.
Sekarang sudah agak susah nak jumpa orang yang menjual kuih tradisional ini. Tepung Bunga ini memang unik rasanya, boleh buat siapa saja jatuh cinta!
Apa yang menarik, cara membuat kuih ini sangat mudah. Hanya perlu menggunakan tiga bahan sahaja. Mudah, cepat dan sangat sedap!
Baca juga: Resipi Kuih Sagu Pandan, Kukus Macam Ini Memang Lembut Elok
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
2. Kemudian sapukan pinggan atau dulang dengan sedikit tepung gandum. Nak guna tepung pulut juga terpulang. Bulatkan dulu doh sebesar syiling 20 sen.
3. Dah siap semua, pecahkan sebiji telur. Kepuk seketika. Panaskan terus minyak dalam kuali untuk menggoreng.
4. Taburkan sedikit tepung gandum atas tapak tangan untuk elak doh melekat. Ambil satu doh kecil tadi, kemudian picit dengan ibu jari di bahagian tengahnya untuk bentuk yang sedikit meleper.
5. Begini ya. Terus benam dalam mangkuk telur.
6. Buat dulu banyak ini.
7. Selepas minyak dah panas, masukkan satu demi satu doh tadi guna sudu. Agak-agak 2-3 minit lepas tepung dah bertukar kekuningan. bolehlah balikkan.
8. Jangan risau kuih tak meletup/melompat keluar.
9. Sekejap saja tepung bunga dah masak. Tak sampai lima minit. Toskan dulu, kemudian letakkan atas kertas pelapik nasi. Ulang menggoreng mengikut langkah yang sama sehingga selesa.
10. Susun tepung bunga dalam pinggan. Setiap satu lapisan taburkan sedikit gula di atasnya.
11. Sedia untuk dimakan. Rasa tepung pulut yang kenyal bersalut dengan telur, manis-manis di hujungnya memang boleh buat teringat-ingat. Ringkas yang sedap.
Sumber: Afy AL Habibi
Baca juga: Resipi Kuih Cara Manis Inti Gula Merah, Bila Gigit Terasa Lemak Manisnya!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…