Jika anda ingin buat kuih tart telur buatan sendiri yang sedap, resipi ini sangat sesuai untuk dicuba. Tart telur ini merupakan kombinasi kulit tart yang rapuh dan isi kastard berkrim.
Antara tip yang wajib anda ambil kira, pastikan api rendah semasa membakar supaya kulit tart tidak hangus. Seterusnya anda boleh menambah lebih gula dalam isi kastard jika suka tart yang lebih manis.
Jom lihat resipi lengkap di bawah ini.
Baca lagi: Resipi Mi Udon Goreng, Senang Macam Ini Hari-Hari Nak Buat
Bahan-Bahan:
Kulit Tart:
Isi Kastard:
1. Dalam mangkuk, campurkan tepung gandum, gula, dan mentega yang lembut. Gaul hingga menjadi serbuk kasar.
2. Masukkan susu sejuk dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Bungkus doh dengan plastik dan biarkan sejuk di dalam peti ais selama 30 minit.
4. Selepas 30 minit, ambil doh dan bentukkan ke dalam acuan tart dengan menggunakan jari. Pastikan doh menutupi keseluruhan acuan dengan rata.
5. Anda boleh menggunakan acuan lanera atau apa-apa acuan yang sesuai.
6. Panaskan kuali atau pan dengan api kecil. Bakar kulit tart selama 25 minit hingga sedikit keemasan.
7. Sementara itu, dalam mangkuk lain, campurkan susu sejat, susu pekat manis, telur, esen vanila, dan secubit garam. Kacau rata hingga semua bahan sebati.
8. Selepas 25 minit, keluarkan kulit tart dari kuali. Masukkan campuran kastard ke dalam kulit tart.
9. Kembali bakar tart telur dengan api kecil selama 30 minit sehingga isi kastard mengeras tetapi masih lembut di tengah.
10. Setelah tart masak, biarkan ia sejuk selama 5 minit sebelum dikeluarkan dari acuan dan dihidangkan.
Sumber: Kitchen Lay’s
Baca lagi: Tips Buat Karipap Sardin Berjerawat & Rangup, Bila Makan Tak Cukup Satu!
Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…
Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…
Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…
Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…
Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…