Buat anda yang berasal dari pantai timur Semenanjung Malaysia, pasti pernah makan Kuih Sekaya Telur sebelum ini bukan?
Kuih Sekaya juga dipanggil sebagai kuih seri kaya yang dibuat daripada telur dan santan serta mempunyai rasa lemak manis gula melaka yang lazat tak terhingga.
Kuih Sekaya Telur merupakan kuih tradisional yang sangat popular di Kelantan dan Terengganu, sampai sekarang orang masih suka memakannya.
Jika belum pernah makan dan teringin tahu bagaimana rasanya, anda oleh buat sendiri dengan resipi yang dikongsikan oleh Rozzieta Abd Rahim di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Kuih Lapis Pelangi Warna Warni, Sesuai Buat Hidangan Minum Petang Satu Keluarga
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, panaskan nisan atau gula melaka dan gula merah bersama air dan daun pandan.
2. Apabila ia sudah cair, ketepikan dan biar sejuk dahulu.
3. Sementara itu, pukul telur (pukul manja saja) bagi kembang sikit, masukkan santan dan garam, kemudian pukul lagi.
4. Seterusnya, campurkan air nisan dan telur, kemudian pukul lagi bagi kembang sikit saja (jangan terlebih pukul nanti tak jadi lubang-lubangnya)
5. Selepas itu, ricih atau potong kecil nisan atau gula melaka, kemudian masukkan ke dalam adunan sekaya sebelum kukus.
6. Akhir sekali, kukus dalam 30 hingga 40 minit. Siap untuk dihidang!
Ramai yang telah menjadikan Kuih Sekaya Telur ini sebagai idea sarapan dan minum petang, selepas ini giliran anda pula untuk hidangkannya buat orang tersayang di rumah.
Hasilnya yang lembut berongga bersama manis berlemak pasti buatkan anda sekeluarga berselera menikmatinya.
Selamat mencuba!
Sumber: Rozzieta Abd Rahim
Baca juga: Kuih Cara Manis Versi Jagung, Lembut Dan Lemak Manis Tetap Rasa Klasik
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…