Mari cuba resipi kuih onde onde menggunakan buah labu ini. Memang cantik kejadiannya dengan warna kuning yang menyerlah dan lembut jika digigit.
Buah Labu memang boleh dimasak dengan pelbagai cara. Baik dibuat puri untuk anak, kuih muih, masakan lauk dan sebagainya.
Baca juga: Kuih Onde-Onde Bunga Telang, Nampak ‘Rare’ Sikit Buat Di Rumah
Jika selalu warna putih atau guna pewarna hijau, kali ni mak-mak boleh buat kuih buah melaka ni jadi warna kuning guna buah labu je.
Rasanya lemak manis, nak buat pun senang! Berikut perkongsian resipi oleh Cg Shikin sebagai rujukan. Bolehlah dihidangkan untuk minum petang nanti.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Buang kulit dan biji labu kuning. Potong kecil.
2. Masukkan labu kuning, air secukupnya dan garam ke dalam inner pot periuk noxxa.
3. Tutup periuk. Tekan pressure 5 minit.
4. Toskan labu kemudian lecek. Tunggu sejuk sikit.
5. Masukkan labu dan tepung pulut kedalam mangkuk & gaul sebati.
6. Bulat-bulatkan adunan dengan memasukkan gula melaka. Golek dgn tapak tangan sampai bulat. Saiz ikut cantik pandangan masing-masing.
7. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk.
8. Tekan stir fry. Biar air mendidih.
9. Masukkan bebola labu tadi dan masak sampai timbul.
10. Bila dah timbul, angkat guna tapis dan golek kan ke dalam kelapa parut yang digaul sedikit garam. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba resipi kuih onde-onde versi ini.
Sumber: Cg Shikin
Baca juga: Kuih Bom Bijan Labu Inti Kacang Hijau, Kekal Bulat Lepas Digoreng
Pelbagai jenis nasi dibuat menggunakan beras basmathi seperti nasi minyak, nasi beriani dan banyak lagi.…
Sesiapa saja yang suka makan kek pasti menyukai resepi Kek Marble gebu dan lembut. Lebih-lebih…
Setiap hari mak-mak akan memikirkan hidangan yang mampu menarik selera anak. Oleh itu, kami nak…
Sudah sering pesan di restoran, jadi sekali-sekala bolehlah cuba masak Ikan Siakap Pedas Manis yang…
Antara kuih yang sentiasa laku keras dan mendapat permintaan ramai adalah kuih Apam Mekar kerana…
Jom belajar resepi donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang seakan kapas menjadikan ia snek…