Pernah cuba kuih lepat sagu? Kuih ini sangat sedap dan rasanya lemak-lemak manis. Sesuai dijadikan sajian untuk minum petang atau boleh dinikmati pada bila-bila masa.
Jika anda penggemar kuih tradisional, resipi perkongsian oleh Mas Cotek ini antara yang mudah dan wajib dicuba. Mari kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya.
Baca juga: Cara Mudah Buat Kuih Sagu Sedap, Ikut Resipi Ini Confirm Tak Terlembik & Tak Terkeras
Bahan-bahan:
Info: 1/2 cawan sagu bersamaan 3 cawan air.
Cara-cara:
1. Didihkan air dalam periuk, masukkan sagu dan rebus sehingga sagu bertukar jernih.
2. Dalam periuik lain, satukan tepung jagung, tepung hoen kwe, santan, gula dan garam. Sebatikan.
3. Masukkan juga daun pandan.
4. Masak atas api perlahan sehingga berkilat dan meletup-letup.
5. Masukkan sagu yang sudah direbus dan bertukar jernih, gaul sebati. Jika sudah sebati, terus tutup api.
6. Bungkus ketika masih panas.
7. Sejukkan dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Mas Cotek
Baca juga: Resipi Cek Mek Molek Guna 4 Bahan Mudah, Ikut Cara Ini Baru Kuih Tak ‘Pecah’
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…