Categories: Resipi

Petua Agar Kuih Koleh Kacang Tak Cepat Basi, Wajib Buat 1 Langkah Ini

Kalau anda penggemar kuih tradisional, kuih koleh kacang ini wajib dicuba! Resipi ini mudah dan memang sedap, terutamanya dengan tahi minyak yang banyak menjadikan kuih lebih beraroma dan lazat.

Untuk elakkan kuih hangit atau tak masak sekata, ada beberapa petua penting yang perlu diikuti semasa memasak. Selain itu, ada juga tips supaya kuih anda tahan lama dan tidak cepat basi.

Nak tahu petua-petua itu? Ikut sahaja langkah-langkah dalam resipi di bawah. Dengan cara ini, anda akan dapat kuih kole kacang yang sedap dan tahan lama. Sesuai untuk dinikmati bila-bila masa!

Baca juga: Resipi Kuih Kasturi, Ikut Petua Ini Supaya Kuih Rangup & Tak Liat Walaupun Sejuk!

RESEPI KUIH KOLEH KACANG

Bahan A:

Bahan B:

  • 350 gram gula merah (pastikan yang betul-betul gelap warnanya)
  • 90 gram gula pasir
  • 250 ml air
  • 2 helai daun pandan

Bahan C:

  • 700 gram santan segar
  • Secubit garam

Bahan D:

  • 300 gram tepung kacang hijau (saya biasa guna cap Kijang atau cap Kuda)
  • 800 ml air masak

Cara-caranya:

  1. Masak bahan A dengan api sederhana hingga kering dan garing. Tapiskan.
  2. Kacau kerap untuk mengelakkan hangit atau masakan tidak sekata. Ketepikan.
  3. Masak semua bahan B hingga sebati dan gula larut. Kemudian, tapis dan ketepikan.
  4. Satukan bahan C dan didihkan untuk elak kuih cepat basi.
  5. Kemudian, satukan bahan B, C, dan D tadi ke dalam kuali. Kacau sebati.
  6. Masak menggunakan api sederhana selama kira-kira 20 hingga 30 minit.
  7. Kacau adunan sentiasa untuk mengelakkan kuih beketul-ketul dan hangit.
  8. Setelah kuih kental dan masak, boleh masukkan 1 sudu minyak dari tahi minyak yang ditapis tadi. Kacau sebati dan matikan api.
  9. Pindahkan kuih ke dalam loyang dan ratakan menggunakan spatula lembut.
  10. Letakkan minyak dari tahi minyak tadi sesudu dua untuk kemaskan kuih.
  11. Taburkan tahi minyak di atas kuih. Siap!

Nota: Resipi ini guna loyang saiz 11×11 cm. Jika mahu kuih lebih tebal, boleh guna loyang saiz 10×10 cm.

Kredit resipi dan gambar: Norhayu Kitchen. Maryati Shaffini, Syafiqah Nasuha

Baca juga: Tips Permukaan Kuih Lapis Licin Sempurna, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago