Kuih Abuk-Abuk salah satu kuih tradisional yang semakin jarang ditemui, namun tetap menjadi kegemaran ramai. Kuih ini terkenal dengan tekstur kenyal sagu biji yang digabungkan dengan manis gula Melaka serta aroma harum kelapa parut.
Biasanya, kuih ini dibalut dengan daun pisang sebelum dikukus. Namun, kuih ini juga boleh disediakan dalam bekas tanpa perlu membalutnya dengan daun pisang.
Cara membuat kuih ini sebenarnya amat mudah dan ringkas. Sagu perlu direndam terlebih dahulu hingga kembang. Setelah itu sagu ditoskan, kemudian digaul bersama kelapa parut dan secubit garam.
Selepas sagu biji digaul dengan kelapa, ia dilapis dengan gula Melaka di dalam bekas, kemudian dikukus selama beberapa minit. Maka terhasil kuih yang kenyal, manis dan penuh dengan rasa.
Untuk mengetahui resipi penuh dengan lebih lanjut, mari lihat perkongsian seorang pengguna Facebook di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Kuih Apam Lambung Telur, Sedap Makan Dengan Kelapa Parut
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
Kredit resipi dan gambar: Amirahh Abdullah
Baca juga: Resipi Kuih Kaswi Kacang Merah Lembut Bergedik, Kenyal-Kenyal & Lemak Manis!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…