Masyarakat Malaysia sangat mengambil berat mengenai pemakanan ibu-ibu selepas berpantang, bermula dari pemakanan, minuman dan kudap kudapan.
Waktu berpantang inilah masa untuk ibu-ibu menurunkan berat badan. Maklumlah, semasa mengandung berat badan naik secara mendadak.
Nafsu makan ibu juga akan membuak-buak kerana cepat lapar akibat menyusu badan atau masa tidur yang tidak menentu selepas bersalin.
Oleh itu, ibu memerlukan kudapan sihat jika masih lapar selepas makan berat. Contohnya kudapan seperti bawang goreng rangup, bawang putih goreng dan halia serunding.
Jadi, anda boleh buat siap-siap kudapan untuk berpantang nanti sebelum melahirkan. Ikut saja resipi lengkap di bawah ini.
Baca juga: Wanita Ini Kongsi 4 Menu Berpantang Frozen, Senang Bila Nak Makan Baru Panaskan
RESIPI KUDAP KUDAPAN UNTUK IBU BERPANTANG
Bahan-bahan:
- Bawang ros/bawang merah kecil (jangan guna bawang merah besar)
- Halia tua
- Bawang putih
Cara-cara:
1. Hiris nipis bawang putih, bawang ros dan halia menggunakan pisau supaya lebih kemas dan tak hancur. Jika guna penyagat, hasilnya tidak cantik.
2. Mulakan dengan menggoreng bawang putih dahulu, kemudian bawang merah dan akhir sekali goreng halia.
3. Selepas hiris bawang putih pula, rendam sekejap dengan air selama 1o minit. Selepas 10 minit, bilas dengan air. Kemudian tapis sehingga betul-betul kering.
4. Sebelum menggoreng bawang merah, tabur sedikit tebung beras. Jangan letak air atau garam.
5. Bagi halia pula, selepas dihiris perlu dijemur atau bagi kena angin sekejap. Supaya masa untuk menggoreng menjadi singkat kerana halia mengandungi kandungi air yang tinggi.
6. Ketika menggoreng, guna minyak masak yang banyak dan jangan kedekut. Pastikan guna api sederhana supaya tak cepat hangus.
7. Bila bahan-bahan dah sejuk, baru masukkan dalam botol dan tape penutup botol. Boleh simpan dalam peti sejuk, jangan risau akan tetap garing.
8. Boleh tambah bahan perasa seperti lada hitam yang dikisar kasar sebelum dimasukkan dalam botol.
Kredit: Nana Sabrina Sarsan
Baca juga: Ayam Kukus Sos Plum Lada Hitam, Sesuai Untuk Menu Berpantang dan Berdiet