tomyam

Jenuh ‘alter’ lauk dah tapi tomyam tetap rasa pahit. Apa yang tak kena ni?

Persoalan itulah yang bermain di fikiran peniaga ini apabila tomyam yang dihasilkan tiba-tiba berubah menjadi pahit.

Ia merupakan kejadian aneh yang pertama sejak mengusahakan gerai tomyam di Pantai Kelulut, Marang, Terengganu, awal tahun ini.

Mesra disapa Asma Mek Thai, dia turut berkongsi mengenai kejadian itu menerusi satu video di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 100,000 tontonan.

@mek_thai

Sunguh tak ku sangka wrna tomyam boleh berubah wrna.,kenapa boleh bertukar wrna sedangkn buat setep same #fypシ #dapurmekthai #tomyamkelulut

♬ Finger Dance TikTok – غزلان

Di sebalik kegusaran itu, beliau bersyukur kerana gerai yang diusahakannya mendapat sambutan baik, malah dia turut menerima pelanggan dari luar Terengganu yang mahu merasai tomyam asli hasil air tangannya.

Baca juga: Resipi Tomyam Yang Pekat Likat, Letak Sedikit Susu Pekat Baru Lagi Perfect!

Menurutnya, dia yang memiliki darah kacukan Thailand menggunakan resipi sendiri dan berharap perniagaan yang diusahakan akan lebih dikenali pada masa akan datang.

“Biasanya kalau pahit, daun limau purut atau kulit limau”

Selain bersimpati dengan apa yang berlaku, beberapa netizen turut mendakwa kejadian berkenaan ada kaitan dengan perbuatan sihir dan memohon agar Asma mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.

Min pun harap tiada elemen sihir yang terkena pada peniaga ini dan hanya bahan-bahannya sahaja yang perlu diperbaiki lagi. Semoga bisnes semakin bercambah untuk sara anak-anak ya.


Sumber: TikTok @Mek_thai

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN