Categories: Resipi

Kuah Mee Rojak Ayam, Tengok Pun Boleh Buat Selera Terangkat Punya!

Tiba-tiba terfikir nak masak guna mee kuning yang masih belum digunakan dan hari ini sepertinya anda boleh cuba buat Kuah Mee Rojak Ayam yang lazat.

Rojak atau rujak ialah makanan yang dicampur dengan kuah dan sangat popular di Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Jika belum pernah makan mee kuning bersama Kuah Mee Rojak Ayam, anda kena cuba resipi daripada Tengku RosElyza Raja Muhammad di Facebook yang nampak menyelerakan.

Baca juga: Resepi Mee Bandung Simple, Macam Ini Hirup Kuah Pun Puas!

RESIPI KUAH MEE ROJAK AYAM

Bahan-bahan:

  • 1 cawan kacang tanah (goreng dulu ya dan kisar)
  • 1 senduk atau ½ cawan cili kisar
  • 6 keping biskut marie (kisar sampai hancur)
  • 1 labu bawang merah besar (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 inci halia (sebesar ibu jari, kisar)
  • 3 sudu besar gula (secukup rasa)
  • 2 sudu garam (secukup rasa)
  • 1 sudu gula merah (secukup rasa)
  • 500ml air (secukupnya)
  • Air asam jawa

Bahan sampingan lain:

  • Ayam goreng
  • Cucur udang atau cekodok
  • Timun
  • Sengkuang
  • Taugeh
  • Tauhu goreng
  • Cili hijau besar
  • Telur ayam rebus

Cara-cara:

1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.

2. Apabila minyak sudah timbul, baru masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.

3. Selepas itu masukkan kacang tanah dan biskut marie yang telah dikisar.

4. Tuang sedikit air, bagi kuahnya agak-agak cair.

5. Selepas itu biarkan mendidih, kacau sehingga semuanya sebati, baru masukkan garam, gula dan gula merah.

6. Biarkan seketika sehingga kuah sudah pekat sikit, masukkan sedikit air asam jawa.

7. Apabila sambal dan kacang tanah sudah masak, rasa pun sudah cukup, boleh tutup api. Siap untuk dihidang!

Kuah Mee Rojak Ayam ini mempunyai rasa manis dan paling penting, ia tak cair dan tak pekat sangat. Orang kata, memang secukup rasalah!

Anda boleh hidangkan kuah ini bersama mee kuning yang telar dicelur terlebih dahulu dan semestinya keluarga anda akan menyukainya.

Selamat mencuba!

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Baca juga: Resepi Mee Kari Simple, Cara Ringkas Tapi Kuah Gerenti Sedap!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

1 hour ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

1 hour ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

2 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

2 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago