Apa nak buat jika krim putar rosak (whipping cream) akibat terlebih putar sehingga ianya menjadi cair semula dan terpisah (separate) lalu terbentuk gumpalan berwarna kuning pucat yang merupakan butter dan cecair putih kekuningan yang merupakan buttermilk.
Jom kita baca perkongsian yang dikongsi oleh Mr. Ali jika anda terlebih pukul whipping cream di bawah.
Baca juga: Mr. Ali Kongsi Tips Buat Whipping Cream Jadi Kental & Coklat Ganache Berkilat Elok
Cara Buat Butter & Buttermilk Guna Krim Putar Rosak
Hari ini Mr. Ali nak kongsi dengan kalian apa yang perlu dibuat jika kalian terlebih pukul whipping cream. Jangan boleh. Tapi boleh dijadikan butter dan buttermilk.
Ini cara paling senang, cara saya. Jadi bila pukul whipping cream, pastikan berhenti pukul bila dia dah kental dan bertanduk. Jika masih putar selepas ia kental dan bertanduk, whipping cream akan menjadi bentuk solid dan liquid.
Yang pepejal (solid) itu adalah butter, yang cecair (liquid) pula adalah buttermilk. Ini rupanya apabila whipping cream terlebih overbeat.
Ambil yang butter, tapiskan dan perah untuk keluarkan lebih air buttermilk. Mampatkan butter tersebut menggunakan tangan atau letak dalam bekas.
Letak garam sedikit untuk mampatkan lagi dan kemaskan dengan spatula, maka jadilah ia ‘salted butter’.
Yang air tadi adalah buttermilk, boleh digunakan dalam masakan atau kek red velvet. Butter pula letakkan dalam chiller untuk dimasak atau sapuan pada roti.
Sumber: Muhammad Ali
Baca juga: Coklat Ganache Selalu Tak Menjadi, Apa Puncanya? Lelaki Ini Ada Solusinya