Categories: Resipi

Buat Sendiri Krim Marjerin Homemade Macam-Macam Perisa, Semua Boleh Rasa

Kalau korang dapat buat macam ni punya banyak perisa krim marjerin, mahu hari-hari makan roti di rumah kan? Dapatlah merasa makan lain-lain perisa.

Anak-anak mesti suka. Memang lepas ni tak pening dah cari sapuan roti di luar. Bila buat sendiri krim marjerin homemade ni, lebih jimat kata orang tu.

Nak rasa coklat, strawberi, vanilla, pandan, jagung dan sebagainya, memang tak ada hal lah. Resipi marjerin lain-lain perisa ni dikongsikan oleh Masni Bahari. Buatlah apa-apa perisa pun. Janji ada perisanya.

Artikel berkaitan: Masih Tak Tahu Jenis Butter? Ini Kegunaan Jenis ‘Salted’ dan ‘Unsalted’ Butter

Perisa ni kalau nak macam-macam jenis, carilah di kedai kek. Sebab tak semua kedai runcit ada. Kalau masuk kedai bahan-bahan kek ni, perisa yang jarang anda jumpa pun akan dapat di sana.

Nak buatnya sebenarnya mudah je. Asasnya, bahan yang diperlukan hanya marjerin dan gula je. Tapi kalau nak lebih rasa lemak, masukkan beberapa bahan tambahan lain.

Cara buatnya hanya putar dengan mixer sampai putih gebu, lepas tu campur dan gaulkan dengan apa-apa perisa yang disukai.


RESIPI KRIM MARJERIN HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • 1 cawan marjerin Pelangi
  • 1 cawan gula (kisar)
  • ½ cawan susu cair
  • 4 sudu besar susu pekat
  • Secubit garam (untuk bangkitkan lemak susu cair)

Perisa (ikut perisa masing-masing):

  • Koko untuk perisa coklat
  • Putih untuk perisa vanilla
  • Pink untuk perisa strawberi
  • Hijau untuk perisa pandan
  • Kuning untuk perisa jagung

Cara membuat:

1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk mixer kecuali perisa.

2. Kemudian mix kan sampai putih gebu dan kembang.

3. Lepas dah gebu tu, masukkan perisa dan gaul sebati.

4. Dah boleh sapu pada roti.

5. Kalau nak simpan, masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais.


Selain sapu pada roti, nak sapu atas kek pun boleh tau. Serius sedap rasanya. Dengan creamy dan cukup lemak manis, tak cepat muak anda makan.

Satu pantang larang yang korang perlu tahu ialah pastikan guna marjerin sebagai bahan asasnya. Jangan gunakan butter sebab butter ni cepat cair. Lepas dah siap, boleh simpan dalam peti sejuk.

Selamat mencuba!

Baca juga: Kaya Pandan Homemade Ala Boat Noodle, Wangi Dan Sedap Rasa Pandannya

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago