Koleksi 4 Resepi Pencuci Mulut Warna Warni Yang Sedap Sempena Raya Nanti!

MyResipi

myResipi

KATEGORI

POSTED ON

2020-11-25

Jom kami kongsikan 4 resepi pencuci mulut warna-warni unik yang korang boleh cuba raya nanti!

 

 

Kek Gulung Bercorak

Kredit: Seismik Makan

Bahan-bahan:

60ml Planta (dicairkan)
70g tepung serbaguna
18g tepung susu
60g gula kastor
3 biji telur (gred A)
12g ovalet
1 sudu kecil ektrak vanila
Pewarna gel
200ml krim putar
30g gula aising

Cara-cara:

1. Dalam satu mangkuk, masukkan krim putar dan gula aising, pukul menggunakan mixer sehingga stiff peak. 
2. Dalam satu mangkuk, masukkan tepung serbaguna, tepung susu, gula kastor, telur, ovalet dan ekstrak vanila. Pukul menggunakan mixer pada kelajuan tinggi selama 5 minit.
3. Masukkan Planta yang telah dicairkan sikit demi sedikit sambil pukul pada kelajuan sederhana sehingga sebati.
4. Asingkan adunan ke dalam 3 mangkuk yang berbeza dan warnakan 2 daripada adunan dengan warna yang dikehendaki.
5. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
6. Mula lukis corak polka dot ke atas loyang yang telah dilapitkan baking paper menggunakan adunan yang telah diwarnakan tadi.
7. Penuhkan loyang menggunakan adunan yang tidak diwarnakan.
8. Ketuk loyang pada permukaan meja supaya gelembung udara dapat dikeluarkan.
9. Bakar selama 15 minit pada suhu 180ºC sehingga permukaan kek menjadi perang.
10. Keluarkan kek daripada ketuhar dan lapikkan permukaan kek dengan baking paper.
11. Terbalikkan kek ke atas permukaan leper.
12. Sapukan krim putar secara sekata. Masukkan strawberi dan lapiskan dengan krim putar.
13. Gulung kek dengan cepat menggunakan baking paper.
14. Rehatkan kek dalam peti sejuk selama 3 jam sebelum hidang.

Semperit Rainbow

Kredit: Seismik Makan

Bahan-bahan:

  • 250g Planta
  • 170g susu pekat
  • 30g tepung kastard
  • 400g tepung jagung
  • Perwarna gel

Cara-cara:

1. Masukkan Planta dan susu pekat ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.
2. Masukkan tepung kastard dan ektrak vanila dan gaul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung jagung yang sudah diayak sikit demi sedikit dan gaulkan sehingga doh lembut terbentuk.
4. Asungkan doh ke dalam 4 mangkuk berbeza. Warnakan doh dengan warna yang dikehendaki.
5. Masukkan doh ke dalam acuan dan picit ke atas loyang non-stick.
6. Bakar biskut semperit selama 15-20 minit pada suhu 160ºC. Sejukkan biskut sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Kek Marble Jelita

Kredit: Seismik Makan

Bahan-bahan:

  • 1 cawan Planta
  • 1 cawan gula kastor
  • 5 biji telur (gred A)
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila
  • 1/4 cawan susu cair
  • 2 cawan tepung berserbuk penaik

Cara-cara:

1. Dalam satu mangkuk, masukkan Planta dan gula kastor. Pukul menggunakan mixer pada kelajuan tinggi selama 5-6 minit sehingga sebati dan kembang.
2. Masukkan telur satu per satu dan pukul pada kelajuan sederhana sehingga adunan sebati.
3. Masukkan ekstrak vanila dan susu cair. Pukul pada kelajuan sederhana sehingga adunan sebati.
4. Masukkan tepung berserbuk penaik sikit demi sedikit dan gaul menggunakan spatula sehingga sebati.
5. Asingkan adunan ke dalam 4 mangkuk berbeza. Warnakan adunan dengan warna yang dikehendaki.
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
7. Pipekan adunan secara bergilir-gilir ke dalam loyang 8X8 yang telah dilapitkan baking paper.
8. Lorekkan corak pada permukaan adunan menggunakan chopstick.
9. Bakar selama 50 minit – 1 jam pada suhu 150ºC-160ºC, ataupun sehingga kek telahpun masak.Nota: Tutup permukaan kek dengan aluminium foil pada minit ke 25 untuk mengelakkan permukaan kek dari menjadi warna perang.

Biskut German Warna-Warni

Kredit: Seismik Makan

Bahan-bahan:

  • 130g Planta
  • 60g gula aising
  • 100g tepung serbaguna
  • 100g kanji kentang
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila
  • Pewarna gel

Cara-cara:

1. Mulanya sekali, panaskan ketuhar pada suhu 160ºC.
2. Dalam satu mangkuk, masukkan Planta, gula aising dan ekstrak vanila. Pukul menggunakan mixer sehingga sebati.
3. Masukkan tepung serbaguna dan kanji kentang, dan gaul menggunakan spatula sehingga doh lembut terbentuk.
4. Asingkan doh kepada 4 mangkuk yang berbeza dan warnakan dengan warna yang dikehendaki. Sejukkan doh di dalam peti sejuk selama 10 minit.
5. Bulatkan doh menjadi bentuk bebola seberat 8 gram dan aturkan ke atas loyang non-stick.
6. Leperkan menggunakan garfu.
7. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 160ºC. Sejukkan sepenuhnya sebelum simpan dalam balang.

Planta boleh digunakan untuk menaikkan rasa dan aroma wangi pelbagai jenis masakan!

Satu ramuan, tetapi boleh digunakan untuk pelbagai resepi. Sangat versatil!

Kredit: Planta

Selain menambah kenikmatan dalam masakan korang, marjerin Planta juga diperkayakan dengan 9 vitamin iaitu Vitamin  A, D, E, B1, B2, B6, B12, Asid Folik dan Niasin yang sangat penting untuk tumbesaran anak-anak tersayang.

Untuk info tambahan tentang Planta, klik di sini.

Nurul

Recent Posts

Nak Rebus Kaki Ayam Cepat Lembut? Cuba Tip 20 Minit Ini, Tak Perlu Tunggu Lama!

Nak rebus kaki ayam tetapi tak mahu menunggu terlalu lama sehingga empuk? Rupanya ada cara…

2 hours ago

Roti Sandwich Telur Untuk Anak, Potong Dadu Semua Sayur Rupanya Buat Mereka Makan Licin

Nak sediakan sarapan yang mudah tetapi anak-anak makan sampai habis? Roti sandwich telur ini boleh…

2 hours ago

Jemu Makan Ayam? Cuba Resipi Buttermilk Dori Ini, Kuah Creamy Memang Padu!

Resipi Buttermilk Dori ini sesuai untuk anda yang sudah bosan makan buttermilk chicken, tetapi masih…

2 hours ago

Ayam Merah Nasi Tomato Lengkap Dengan Dalca & Jelatah, Sedap Macam Hidangan Kenduri

Kalau teringin hidangan ala kenduri di rumah, ayam merah nasi tomato ini memang antara menu…

2 hours ago

Resipi Tortilla Quiche, Sarapan Tinggi Protein Yang Mudah Dibuat Guna Air Fryer!

Resipi Tortilla Quiche ini sesuai dijadikan menu sarapan yang ringkas, mengenyangkan dan mudah disediakan. Menggunakan…

3 hours ago

Resipi Apam Goreng Lembut & Berongga Cantik, Cicah Kelapa Parut Buat Rasanya Lagi Menyelerakan!

Apam goreng antara pilihan sarapan yang mudah dibuat di rumah. Teksturnya yang lembut dan berongga…

4 hours ago