Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor, menjelang penghujung bulan ini. Perkembangan itu menandakan berakhirnya perjalanan jenama biskut yang telah bertapak sejak 1934.
Penutupan kilang ini difahamkan sebahagian daripada langkah penstrukturan semula syarikat induknya, Lee Group. Kumpulan berkenaan dilaporkan mahu keluar daripada perniagaan pembuatan makanan ringan bagi menyatukan aset serta memberi tumpuan kepada perniagaan teras, termasuk sektor getah dan kelapa sawit.
Baca juga: Anak Jati Pulau Pinang Buka Kedai Nasi Kandar PERTAMA Di Madinah, Memang ‘Sempoi’!
Difahamkan, pembekal dan pelanggan sudah mula menerima notis mengenai penghentian pengeluaran sejak bulan lalu. Kilang berkenaan juga dilaporkan akan memberhentikan pekerjanya susulan keputusan tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Tan Eng Meng, turut mengesahkan bahawa beliau menerima maklumat mengenai penutupan kilang itu ketika dihubungi China Press.
Penutupan ini menjadikan kilang pengeluaran makanan kedua milik Lee Group di Johor yang menghentikan operasi dalam tempoh tiga tahun, selepas satu lagi kemudahan pengeluaran milik kumpulan berkenaan ditutup sebelum ini.
Pada November 2023, Lee Group turut menutup kilang pengetinan nanas Lee Pineapple di Skudai. Keputusan itu dibuat ketika kumpulan berkenaan mengalihkan tumpuan perniagaannya kepada sektor penanaman kelapa sawit.
Lee Biscuits, yang juga dikenali sebagai Nam Lee, diasaskan oleh Lee Kong Chian dan cukup dikenali menerusi rangkaian biskut yang menjadi pilihan ramai. Antara produk keluarannya termasuk biskut Marie, biskut kraker masin, pastri berperisa pisang dan biskut ice gem.
Jenama ini pada asalnya bermula di Singapura sebelum operasi pengeluarannya dipindahkan ke Tampoi, Johor Bahru, pada 1955. Kilangnya kemudian berpindah ke Pontian pada 2005, menjadikan lokasi tersebut antara sebahagian daripada sejarah panjang pengeluaran biskut jenama berkenaan.
Sumber: Berita Harian
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…