khasiat pisang

Sempena Sukan Olimpik Paris 2024, ramai melihat atlet makan pisang semasa bertanding sampai tertanya-tanya, apa khasiat pisang sebenarnya?

Ini antara khasiat pisang yang bagus untuk atlet, anda yang kaki sukan juga boleh amalkannya.

Baca juga: 6 Jenis Susu Tin Yang Dijual Di Kedai, Dah Tahu Pilih Mana Satu Sesuai!

KHASIAT PISANG YANG BAGUS UNTUK ATLET

khasiat pisang

1. Sumber kalium yang baik

Ramai atlet makan pisang semasa bertanding kerana kaya dengan kalium, mineral penting untuk meningkatkan prestasi mereka.

Kalium berperanan penting dalam pelbagai fungsi badan seperti pergerakan otot, pengawalan paras air dalam badan dan mencegah kekejangan atlet.

Kalium juga berperanan dalam mengekalkan tekanan darah, fungsi saraf dan keseimbangan cecair badan dalam atlet.

2. Tenaga segera

Atlet perlukan tenaga cepat dan berkesan semasa bertanding, jadi pisang adalah sumber bagus kerana mengandungi karbohidrat dan gula yang tinggi.

Karbohidrat dan gula daripada pisang boleh beri tenaga tambahan untuk pastikan minda dan badan atlet sentiasa fokus semasa bertanding.

3. Tinggi karbohidrat

khasiat pisang

Pisang adalah sumber karbohidrat baik yang perlu diambil oleh atlet untuk meningkatkan simpanan glikogen, satu bentuk glukosa yang disimpan dalam otot dan hati yang digunakan sebagai tenaga semasa mereka bersukan.

4. Mengelak masalah otot

Atlet akan makan pisang yang merupakan sumber magnesium dan kalium, sangat baik untuk bantu mengendurkan otot yang tegang.

5. Meningkatkan mood

Kandungan tryptophan pada pisang boleh bertukar jadi serotonin dan melatonin, hormon penenang utama dalam otak yang dapat bantu atlet lebih tenang semasa bertanding.

Atlet juga perlu mengawal mood semasa bertanding dan rehat yang cukup, jadi makanan kaya tryptophan seperti pisang sangat membantu mereka.

6. Harga mampu milik dan mudah dibawa

Pisang adalah buah mudah didapati sesuai untuk atlet yang nak snek sihat, cepat dimakan dan lebih jimat. Kulit luar pada pisang melindungi isinya, menjadikan ia mudah dibawa dan dijamin bersih.

7. Meningkatkan prestasi dan pemulihan

Kajian saintifik daripada saintis Nick Gillit dan David Nieman menunjukkan bahawa makan pisang sebelum dan semasa bersenam boleh meningkatkan prestasi atlet.

Penyelidik dari Apparalchian State University mendapati bahawa masa prestasi atlet adalah kira-kira 5% lebih cepat apabila mereka mengambil pisang berbanding hanya minum air.

Kesimpulannya, atlet dapat meningkatkan tenaga, prestasi, keupayaan untuk fokus semasa bertanding dan pemulihan lebih cepat selepas makan pisang.

Semoga bermanfaat!

Sumber: tempo.co

Baca juga: 10 Jenis Durian Di Malaysia Yang Popular, No. 5 Tu Ramai Yang Suka!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN