Khasiat cendawan enoki yang pelbagai menjadikan makanan ini digemari ramai. Ia boleh diolah kepada pelbagai hidangan seperti digoreng celup tepung atau diletakkan dalam tomyam.
Harga yang dijual di pasar raya juga berbaloi dan tidak begitu mahal. Hal ini membuatkan orang ramai tidak berkira-kira untuk membeli dalam kuantiti yang besar.
Namun begitu, tahukah anda sebenarnya akar cendawan enoki itu boleh ditanam semula. Malah, hasil tuaian pun cepat dan tidak mengambil masa yang lama.
Jika ada yang ingin mencuba tanam sendiri cendawan ini, boleh lihat cara-caranya seperti di bawah.
Baca juga: Cendawan Enoki Goreng Rangup, Makan Petang-Petang Memang Layan
Langkah-langkahnya:
1. Potong bahagian hujung cendawan. Jangan buang.
2. Masukkan tisu ke dalam bekas/mangkuk.
3. Kemudian, masukkan baking soda, diikuti dengan air.
4. Selepas itu, masukkan akar cendawan ke dalam bekas/mangkuk tadi.
5. Tutup dengan plastik hitam.
6. Selepas 3-5 hari, akan dapat hasilnya.
Berikut merupakan manfaat cendawan enoki yang perlu anda tahu:
Mudah kan caranya? Selepas ini jangan buang akarnya, boleh tanam dan hasilnya pun cepat! Semoga bermanfaat.
Kredit: f90.daniel, Mingguan Wanita
Baca juga: Daging Enoki Roll Resepi MUDAH, Tak Sampai 15 Minit Siap!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…