Categories: Hiburan

Mat Salleh Ini ‘Claim’ KFC Malaysia Paling Sedap Lepas Cuba Semua Francais Seluruh Dunia, Pergh!

Bagi pencinta ayam kentucky, korang sanggup travel serata dunia semata-mata nak merasa KFC? Bunyi macam gila kan, tapi tidak bagi seorang lelaki yang berasal dari UK ini.

Menerusi laporan dari Daily Mail, mat salleh yang juga merupakan peminat tegar KFC ini telah mendapat tawaran hidangan ayam percuma selama setahun selepas dia mencuba pelbagai restoran francais lebih 50 negara.

Baca juga: Tak Jemput Sebab Makanan Tak Halal, Jiran Cina Siap ‘Order’ KFC Sebagai Ganti

Dikenali sebagai Kamlesh Mistry, 37, yang berasal dari Watford ini menyatakan dia mula sukakan ayam goreng KFC ketika berusia 12 tahun lagi.

Sejak itu, Kamlesh mengembara ke seluruh pelosok dunia untuk mengetahui restoran KFC yang menyajikan hidangan terbaik.

Kamlesh yang bekerja sebagai pengarah teknikal sudah mencuba ayam goreng terkenal dunia itu di lebih 50 negara termasuk di Reykjavik di Iceland, Tallinn di Estonia dan Minsk di Belarus.

Semua usaha itu membuahkan hasil apabila Kamlesh dinamakan sebagai KFC Super Fan yang pertama di dunia pada 2020 dan diberikan hidangan ayam percuma selama setahun.

“Setiap kali melancong bersama rakan dan keluarga, saya sentiasa menjamu selera di restoran KFC negara lain untuk membandingkan hidangannya dengan menu di UK.

“Begitulah saya sempat makan di restoran KFC di lebih 50 negara berlainan yang membantu saya memenangi pertandingan bagi KFC Super Fan pada tahun itu.

“Saya berasa amat gembira dengan gelaran KFC Super Fan kerana ia merupakan peluang hebat apabila bertemu dengan individu baharu di tempat kerja,” katanya.

Sementara itu, Kamlesh berkata, restoran KFC di Malaysia menawarkan hidangan yang terbaik.

“Restoran KFC di Kuala Lumpur sememangnya mempunyai menu yang paling menarik.

“Saya suka makanan pedas dan restoran KFC di negara itu menawarkan banyak pilihan hidangan demikian.

“Reykjavik pula adalah restoran KFC paling pelik yang pernah dikunjungi malah saya terkejut apabila melihatnya di sana,” katanya.

Selepas memenangi pertandingan itu, Kamlesh menerima bekalan hidangan ayam selama setahun dalam bentuk baucar elektronik yang bernilai 400 pound (RM1,987) serta baju, pelitup muka dan t-shirt KFC.


Fuhh, kaki foodie dia lain machiemm

Sumber: Utusan Malaysia
Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago