Categories: Resipi

Kerang Masak Cencaluk, Sedap Rupanya Resipi Ini. Nak Buat Pun Mudah!

Menu kali ini mungkin pertama kali anda dengar iaitu Kerang Masak Cencaluk. Dengar nama saja pun dah kecur liur dibuatnya, ini belum lagi sedut dan kunyah kerang-kerang itu satu persatu.

Kerang sememangnya sedap jika direbus atau dibakar kemudian dicicah bersama sambal. Selain itu, kerang juga biasanya dimasak bersama mee sebagai penambah rasa. Pendek kata, semua orang pasti pernah merasa keenakan mee atau char kuetiau kerang.

Baca juga: Cara Cuci Kerang Tanpa Sental Satu Persatu, Jimat Tenaga Nak Buat!

Kerang Masak Cencaluk adalah antara hidangan laut yang jarang-jarang didengar tetapi amat mudah untuk dicuba. Ia menggabungkan kerang yang telah dimasak dengan cencaluk, yang merupakan sos tradisional yang diperbuat daripada udang yang diperam.

Cencaluk memberikan hidangan ini rasa yang unik dan beraroma. Biasanya, kerang dimasak bersama bawang, cili, dan rempah untuk menciptakan hidangan yang lazat dan pedas. Selalunya, ia sering disajikan sebagai hidangan sampingan dengan nasi putih.

Sesiapa yang ingin mencuba bolehlah ikuti resipi dari perkongsian Mathan Edward di laman TikToknya. 

RESIPI KERANG MASAK CENCALUK

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga harum.
  3. Masukkan cili padi yang telah dipotong kecil-kecil dan tumis sehingga layu.
  4. Kemudian masukkan cili kisar dan cencaluk. Gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
  5. Masukkan sedikit air dan biarkan kuah mendidih.
  6. Masukkan kerang yang telah direbus dan kopek kulitnya ke dalam kuali.
  7. Gaulkan kerang dengan kuah sehingga rata.
  8. Masukkan kangkung ke dalam kuali dan kacau sehingga kangkung layu.
  9. Setelah semua bahan-bahan sebati, bolehlah angkat dan hidangkan panas-panas dengan nasi.

Video penuh:

@mathanedward

Kerang masak cencaluk pernah makan ?? Sedap gila weii cara buat sangat senang #kerangmasakcencaluk #mathanedward #chefgangster #makanlokal #rowdychef😂 #simplerecepi

♬ ME GUSTA LA CUMBIA – Abaco

Selamat mencuba!

Sumber: TikTok Mathan Edward

Baca juga: Sambal Kerang Tumis Cara SIMPLE, Sekali Rasa Mesti Meratah Lagi Punya!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago