Categories: Resipi

Cara Mudah Buat Kerabu Telur Masin, Gaul-Gaul Siap!

Kalau dah selalu makan telur masin biasa, kali ini apa kata jom cuba resepi kerabu telur masin ini pula.

Kerabu ini antara menu yang mudah dan cepat untuk disediakan. Tak perlu ambil masa yang lama untuk membuatnya.

Memang cukup sedap dan nikmat jika dinikmati bersama nasi panas atau bubur nasi. 

Jika ada yang mahu mencubanya, mari lihat resipi penuh yang telah dikongsikan oleh Puan Mazliza Ahmad di bawah.

Baca juga: Resipi Kerabu Ayam Goreng Ini Cukup Rasa Masam, Manis & Pedas, Sedap Ratah!

RESEPI KERABU TELUR MASIN

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 biji telur masin (rebus, belah 2 dan korek isi dengan sudu)
  • 1 biji bawang besar (dibelah 2 dan hiris nipis)
  • 7@8 biji cili padi (dihiris)
  • 5 sudu makan cuka makan
  • 2 sudu makan gula

Cara penyediaannya:

  1. Rebus telur masin. Belah kepada dua bahagian dan korek isinya dengan sudu. Letakkan isi telur masin tersebut ke dalam mangkuk.
  2. Potong-potong telur masin dengan sudu. Jangan terlalu kecil, nanti hancur ketika digaul nanti.
  3. Masukkan bawang besar dan cili padi.
  4. Selepas itu, masukkan gula dan cuka. Gaul sehingga sebati dan bercampur rata.
  5. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Facebook Mazliza Ahmad

Baca juga: Resipi Kerabu Buah Tembikai ‘Legend’, Lauk Kesukaan Orang Dulu-Dulu

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago