kerabu pucuk daun kari

Pucuk daun kari biasanya dijadikan ulam, tidak pernah melihat ia dijadikan kerabu pucuk daun kari. Kita cuma selalu dengar kerabu pucuk paku, kerabu mangga dan beberapa jenis kerabu yang lain.

Pasti ramai yang pelik dan tertanya-tanya adakah tidak berbau apabila dimakan nanti. Sebenarnya ia tidaklah seperti yang disangka kerana ada cara untuk menghilangkan bau tersebut.

Kalau nak tahu sedap ke tidak, apa kata jom cuba buat di rumah menggunakan resipi yang telah dikongsikan oleh Nurul Nadzirah di bawah.

Baca juga: Resipi Kerabu Timun Bersantan, Makan Sejuk-Sejuk Sangat Nikmat & Menyegarkan!

RESIPI KERABU PUCUK DAUN KARI

Bahan-bahan yang perlu dikisar:

  • Kelapa parut
  • 8 biji cabai Melaka (cili)
  • Cabai besar (cili merah)
  • Air asam jawa
  • Sedikit belacan

Kisar semua bahan di atas.

Bahan-bahan lain:

  • Isi ikan, udang (direbus asing)
  • Kerisik
  • Garam
  • Serbuk cukup rasa
  • Bawang besar (dihiris/potong nipis)
  • Daun kari

Cara penyediaan:

1. Leraikan daun kari, ambil daunnya sahaja. Ramas, gaul dan rendam dengan air garam selama 15 minit untuk buang bau.

kerabu pucuk daun kari

2. Kemudian, bilas dan tapis daun kari. Gaul bersama semua bahan-bahan yang sudah dikisar serta bahan-bahan lain.

3. Gaul sehingga sebati dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

kerabu pucuk daun kari

Kredit resipi dan gambar: Nurul Nadzirah

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Kerabu Sardin Yang Lazat, Suami Siap Suruh Jual!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN