Categories: Resipi

Kentang Bakar Berempah Crunchy Guna Air Fryer, Sesuai Buat Snacks Sihat

Ayam mahal, minyak mahal. Maka kita makan kentang bakar je lah. Kita guna air-fryer atau oven untuk buat hidangan ni.

Mudah, tapi anak-anak mesti suka. Sesuai sangat buat kudapan sambil makan depan tv. Jom follow resepi kentang bakar berempah kat sini. Confirm sedap!

Korang yang suka makan cheesy wedges kat KFC boleh sangat try citarasa korang makan kentang bakar berempah ni.

Baca juga: Resipi Kentang Bakar Berkeju

Mesti korang suka punya lah. Nak Makan dengan sos, mayonis dan cheese pun boleh je. Semua terpulang ikut cirasa masing-masing.

Resepi kentang bakar berempah ni telah dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan melalui perkongsian di laman Facebooknya.

Resipi ni viral sampai 4.7k ye. Mesti ramai yang nak try kat rumah kan. Yang dah cuba pun mesti dah repeat buat lagi.

Resipi Kentang Bakar Berempah Crunchy

Sukatan bahan kat bawah ni adalah untuk 3-4 orang makan. Boleh adjust sukatan ikut bilangan orang yang nak makan nanti.

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg kentang kecil
  • 1 sudu besar empingan cili
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil daun parsli kering
  • 1 sudu kecil daun basil kering
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu serbuk keju parmesan
  • Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

1. Potong kentang kepada 2 atau 4 bahagian, basuh dan rebus. Terpulang pada kalian nak kupas kulitnya atau tidak, tapi kulit tu yang akan buat sedap nanti.

2. Setelah kentang empuk, tos kentang dan masukkan dalam mangkuk. Taburkan rempah ratus kita tadi serta minyak masak ke atas kentang. Gunakan minyak rendaman tomato. (Auto sedap)

3. Minyak rendaman tomato bakar tu akan menyedapkan lagi kentang kita ni.

4. Susun kentang, kulit di bahagian bawah. Jangan letak banyak sangat tau, nanti tak garing luaran kentang tu.

5. Set suhu sekitar 120-150C dan masa 15-20 minit. Sejujurnya, hasil gorengan air fry tak sesedap deep fry, tapi apa boleh buat, keadaan memaksa. Kena jimat minyak masak.

6. Selepas 20 minit, kita terbalikkan kentang ni. Nak kulit dia pula garing. Biar luarnya rangup dan berempah dan dalamnya empuk-empuk manis.

7. Kali ni kita set 200°C untuk 10 minit. Jika tak ada air-fryer atau oven, boleh goreng tohor (pan fry) guna kuali leper. Cuma kena rajin balik-balik kentang supaya tak geseng.

8. Fuh itu dia hasilnya! Dah nampak menyelerakan. Kalau nak hidang dah boleh dah ni, tapi boleh terbalikkan semula dan tambah lagi 5-10 minit untuk dapatkan kerangupan yang kita nak.

9. Letak atas pinggan, tabur keju parmesan sikit, hias dengan tomato ceri dan hidang dengan mayonis atau sos kegemaran korang. Siap!

Pedas, masin, manis dan berlemak! Fuh, confirm repeat kalau dah makan kentang ni.

Nampak simple tapi rasanya serious sedap. Patutlah viral! Kalau Nak Lagi garing korang follow step kedua untuk bakar kentang di atas.

Hasil kulit kentang lebih garing.

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago